BAB 1
Asasi Manusia Filipina (CHRP), dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia
Indonesia (Komnas HAM), serta wakil-wakil daripada Konsortium
Pembaruan Agraria (KPA), Gabungan Tanah Antarabangsa, (ILC)
dan Oxfam Novib. Objektif Mesyuarat ini antara lainnya adalah untuk
mendapatkan maklumat terkini mengenai perkembangan rangka
kerja hak asasi manusia dan perniagaan (BHR), perkembangan
terbaru NAP di ASEAN dan kawasan-kawasan yang lain, dan inisiatif
program baru; serta untuk membentuk visi bersama/matlamat
tentang peranan masyarakat sivil ke arah pelaksanaan tiga tunggak
Prinsip UNGP Mengenai Hak Asasi Manusia Dan Perniagaan, yang
telah dilaksanakan di empat buah negara.
(c)
Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA)
Sejak tahun 2012, Suruhanjaya telah memantau rundingan berkaitan
TPPA untuk memastikan Kerajaan meletakkan perlindungan-perlindungan
seperti yang dibayangkan oleh Prinsip ke-9 UNGP, yang menyatakan:
“Negara-negara harus mengekalkan ruang dasar domestik yang
mencukupi untuk memenuhi tanggungjawab hak asasi manusia mereka
dalam mencapai objektif dasar yang berkaitan dengan perniagaan
bersama Negara lain atau perusahaan perniagaan, misalnya melalui
perjanjian pelaburan atau kontrak.”
Di akhir siri rundingan tersebut, pada 5 November, teks penuh TPPA telah
boleh diakses secara umum dan dimuat turun menerusi laman sesawang
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). MITI turut
mengalu-alukan sebarang input dan maklum balas daripada orang
awam mengenai TPPA. Terdapat 30 Bab TPPA yang meliputi pelbagai
bidang termasuklah pelaburan, perolehan Kerajaan, harta intelek, buruh
dan penyelesaian pertikaian.
Berdasarkan kepada memorandum yang telah diterima oleh Suruhanjaya
pada 1 Disember 2015 daripada beberapa Ahli Parlimen dan mantan
Senator berkenaan impak TPPA ke atas hak asasi manusia di Malaysia,
pada 15 Januari, Bahagian Dasar telah menganjurkan perbincangan
meja bulat (PMB) mengenai TPPA dan kesannya ke atas hak asasi manusia
di Malaysia, dengan memfokuskan kepada bab terpilih iaitu hak harta
intelek, buruh, dan penyelesaian pertikaian, yang mungkin memberi kesan
kepada hak asasi manusia di Malaysia.
24 LAPORAN TAHUNAN SUHAKAM 2016
suhakam BM.indd 24
4/21/17 12:07 PM