BAB 1 Mesyuarat Serantau ini turut meneliti pendekatan mengenai persijilan minyak sawit iaitu Pendekatan Perundangan RSPO yang diperkenalkan di Negeri Sabah. Pendekatan inovatif RSPO ini akan diguna pakai kepada semua pengeluar minyak sawit di negeri ini. Tujuannya adalah untuk memastikan yang menjelang tahun 2025 semua pengeluaran minyak sawit di Sabah akan dapat dilestarikan dan diberikan persijilan RSPO. Sebelum Mesyuarat Serantau ini, beberapa peserta berpeluang untuk menyertai dua misi pengumpulan data yang dianjurkan oleh JOAS dan organisasi Orang Asal, Partners of Community Organisation (PACOS), dan Persatuan Perlindungan Alam Sekitar Sabah (SEPA), dengan tujuan untuk melihat sendiri cabaran yang dihadapi oleh masyarakat di Pitas dan Bigor, Nabawan (Sabah) yang disebabkan oleh projek-projek pembangunan tanah di kawasan tersebut. Pesertapeserta Mesyuarat Serantau telah mengutarakan cadangan konkrit tentang pengukuhan proses di dalam menegakkan UNGP dan hak asasi manusia di samping merapatkan jurang yang wujud di antara Orang Asal dan komuniti tempatan dengan agensi-agensi Kerajaan sub-nasional dan di kawasan setempat. Antara peserta Mesyuarat Serantau ke-6 mengenai Hak Asasi Manusia dan Perniagaan Agri di Asia Tenggara yang telah diadakan dari 3-4 November di Kota Kinabalu, Sabah iii) Mesyuarat Perancangan Strategik Ke Arah Pelaksanaan UNGP Mengenai Hak Asasi Manusia Dan Perniagaan Di Empat Negara ASEAN Mesyuarat yang berlangsung di Makassar, Indonesia ini telah diadakan pada 8-9 November. Ia telah dihadiri oleh wakil-wakil tiga NHRI iaitu Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia, Suruhanjaya Hak LAPORAN TAHUNAN SUHAKAM 2016 23 suhakam BM.indd 23 4/21/17 12:07 PM

Select target paragraph3