BAB 1 November di Singapura. Seminar tersebut bertujuan untuk mengenal pasti peranan Kerajaan, sektor perniagaan, kesatuan sekerja dan CSO di dalam mempromosikan CSR, serta mengenal pasti elemen-elemen strategi serantau mengenai CSR dan hak asasi manusia di ASEAN. Sekiranya ada, strategi serantau akan menyokong dan memenuhi aspirasi Wawasan Komuniti ASEAN 2025, yang akan membina serta mengukuhkan proses integrasi untuk merealisasikan Komuniti ASEAN yang berasaskan peraturan dan mesra rakyat. Pesuruhjaya Prof. Dato’ Dr. Aishah Bidin (kiri) sedang menyampaikan pembentangan beliau semasa Seminar AICHR untuk Mempromosikan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dan Hak Asasi Manusia di ASEAN. ii) Mesyuarat Serantau Ke-6 Mengenai Hak Asasi Manusia Dan Perniagaan Agri Di Asia Tenggara Mesyuarat Serantau ini yang berlangsung dari 3-4 November di Kota Kinabalu, Sabah adalah merupakan salah satu dari siri acara yang dianjurkan oleh Forest Peoples Program (FPP) dengan kerjasama Forum Institusi Hak Asasi Manusia Nasional Asia Tenggara (SEANF) sejak lima tahun yang lalu, bertujuan untuk membincangkan dan membangunkan rangka kerja yang boleh memastikan tanggungjawab hak asasi manusia dituruti oleh sektor perniagaan berasaskan pertanian di dalam dan luar negara. Bagi tahun ini, Mesyuarat Serantau ini telah dianjurkan dengan kerjasama FPP, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia, dan Jaringan Orang Asal Se-Malaya (JOAS). 22 LAPORAN TAHUNAN SUHAKAM 2016 suhakam BM.indd 22 4/21/17 12:07 PM

Select target paragraph3