Suruhanjaya berpendapat bahawa untuk menjayakan NAP ini, Kerajaan memerlukan sokongan semua pihak berkepentingan terutamanya syarikat perniagaan. Sehubungan itu, pada tahun ini Suruhanjaya telah mengadakan beberapa siri perbincangan dengan beberapa syarikat seperti Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS), Felda Global Venture (FGV), dan Digi Telecommunications, yang bertujuan antara lainnya untuk mendapatkan pandangan dan maklum balas mengenai rancangan untuk membangunkan NAP Mengenai Hak Asasi Manusia Dan Perniagaan. Suruhanjaya akan meneruskan penglibatannya dengan semua pihak berkepentingan yang berkaitan dan meningkatkan usaha untuk menggalakkan kesedaran mengenai isu-isu hak asasi manusia dan perniagaan termasuk NAP Mengenai Hak Asasi Manusia Dan Perniagaan di kalangan sektor perniagaan secara lebih meluas. BAB 1 dipertanggungjawabkan sepenuhnya ke atas semua pelanggaran hak asasi manusia yang dilakukan oleh sektor perniagaan, namun begitu Kerajaan masih boleh dianggap melanggar kewajipannya di dalam melindungi hak asasi manusia sekiranya pelanggaran hak asasi manusia itu disebabkan oleh kegagalan Kerajaan untuk mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk mencegah, menyiasat, menghukum, dan membetulkan penyalahgunaan syarikat swasta. (b) Mesyuarat dan Penglibatan bersama Pihak Berkepentingan Selaras dengan pelancaran Rangka Kerja Strategik, Suruhanjaya terus bekerjasama dengan pihak-pihak berkepentingan dengan menghadiri beberapa mesyuarat sama ada di peringkat domestik mahupun serantau dalam meneruskan agenda Rangka Kerja Strategik ke hadapan. Dengan menggunakan platform ini, Suruhanjaya telah berkongsi pandangan serta pengalaman dalam menyokong Kerajaan Malaysia ke arah membangunkan NAP Mengenai Hak Asasi Manusia Dan Perniagaan. Keterlibatan dengan semua pihak berkepentingan adalah salah satu cara untuk menggalakkan kesedaran tentang kepentingan NAP Mengenai Hak Asasi Manusia Dan Perniagaan, serta untuk mendapatkan sokongan ke arah merealisasikan NAP ini. i) Seminar Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR) untuk Mempromosikan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dan Hak Asasi Manusia di ASEAN Suruhanjaya telah dijemput oleh AICHR-Singapura dan Rangkaian CSR ASEAN untuk berkongsi pengalamannya dalam menyokong Kerajaan Malaysia untuk membangunkan NAP Mengenai Hak Asasi Manusia Dan Perniagaan. Seminar ini telah diadakan dari 3-4 LAPORAN TAHUNAN SUHAKAM 2016 21 suhakam BM.indd 21 4/21/17 12:07 PM

Select target paragraph3