Bab 1 LAPORAN KUMPULAN DASAR, UNDANG-UNDANG DAN ADUAN BAB 1 I. BAHAGIAN DASAR Pada tahun ini, Bahagian Dasar menumpukan kerja dan advokasi terhadap isuisu yang berkaitan dengan hak asasi manusia dan perniagaan; Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia Kebangsaan; susulan tindakan ke atas Laporan Inkuiri Nasional Mengenai Hak Tanah Orang Asal Di Malaysia, dan penyelidikan mengenai hak-hak transgender, terutama hak kepada pekerjaan, kesihatan, pendidikan, perumahan, dan maruah. Bahagian Dasar juga menjalankan tindakan susulan terhadap kajian tematik yang lalu iaitu “Hak Kepada Pendidikan Bagi Kanakkanak Bermasalah Pembelajaran’. 1. HAK ASASI MANUSIA DAN PERNIAGAAN (a) Pelan Tindakan Kebangsaan Mengenai Hak Asasi Manusia Dan Perniagaan Di Malaysia Dalam kesinambungan kerja Suruhanjaya terhadap advokasi NAP Mengenai Hak Asasi Manusia dan Perniagaan, dengan mengambilkira komitmen yang dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri YB Senator Datuk Paul Low Seng Kuan semasa pelancaran Rangka Kerja Strategik NAP Mengenai Hak Asasi Manusia Dan Perniagaan pada tahun 2015, Kerajaan akan membangunkan sebuah NAP Mengenai Hak Asasi Manusia Dan Perniagaan. Beberapa mesyuarat susulan telah diadakan sepanjang tahun di antara Suruhanjaya dan Pejabat YB Senator Datuk Paul Low. Bahagian Dasar juga membantu Pejabat tersebut dalam menyediakan Kertas Kabinet untuk kelulusan Kerajaan bagi membangunkan NAP Mengenai Hak Asasi Manusia Dan Perniagaan Di Malaysia tersebut. Selain itu, Kertas Kabinet itu turut menekankan, antara lain, rasional dan justifikasi Kerajaan untuk membangunkan pelan tindakan tersebut. Walaupun Kerajaan sedang membangunkan Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (NHRAP), Suruhanjaya berpendapat bahawa terdapat keperluan untuk pelan yang berasingan mengenai hak asasi manusia dan perniagaan yang akan memberi tumpuan khusus kepada tanggungjawab dan tugas Kerajaan dalam melindungi dan menghormati hak asasi LAPORAN TAHUNAN SUHAKAM 2016 19 suhakam BM.indd 19 4/21/17 12:07 PM

Select target paragraph3