ULASAN PENGERUSI Kovenan Antarabangsa Mengenai Hak Sivil Dan Politik (ICCPR) 1976; Kovenan Mengenai Hak Ekonomi, Sosial, Dan Kebudayaan (ICESCR) 1976; Konvensyen Menentang Penyeksaan Dan Layanan Atau Hukuman Lain Yang Zalim, Tidak Berperikemanusiaan, Atau Menjatuhkan Maruah (CAT) 1987; Konvensyen Antarabangsa Mengenai Perlindungan Hak Asasi Semua Pekerja Migran Dan Ahli Keluarga Mereka (ICMW) 2003; dan Konvensyen Antarabangsa Untuk Perlindungan Semua Orang Dari Kehilangan Yang Dipaksa (ICPED) 2010. SUHAKAM telah dimaklumkan bahawa terdapat semakan undang-undang yang sedang berjalan di negara ini untuk memastikan ianya selaras dengan triti hak asasi manusia antarabangsa. Walau bagaimanapun, SUHAKAM berpandangan bahawa proses ini tidak komprehensif mahupun sistematik. Pertama, semakan ini tidak mengambil kira sepenuhnya kewajipan antarabangsa Malaysia mengenai hak asasi manusia. Seterusnya, tiada penglibatan yang jelas oleh Parlimen atau SUHAKAM dalam proses semakan. SUHAKAM berpendapat bahawa Parlimen tidak perlu menunggu dengan pasif bagi Jabatan Peguam Negara atau Kementerian Luar Negeri (KLN) untuk mengambil inisiatif dalam menentukan sama ada Malaysia perlu menyertai sesuatu triti hak asasi manusia atau tidak. Parlimen sebenarnya boleh membantu untuk membawa agenda ini ke hadapan. Dalam hal ini, SUHAKAM mencadangkan supaya Parlimen menubuhkan Jawatankuasa yang boleh meneliti status baki triti yang belum disertai Malaysia, dan Parlimen juga harus terlibat secara lebih rasmi dalam kajian sistematik undang-undang domestik untuk memastikan ianya selaras dengan instrumen hak asasi manusia antarabangsa. Dalam perjuangan berterusan menentang keganasan, SUHAKAM mendapati bahawa Kerajaan menghadapi cabaran dalam mengekalkan hak asasi manusia dalam konteks memerangi keganasan. Begitu juga, cabaran bagi rakyat biasa adalah berbagai-bagai. Kebimbangan masyarakat awam semakin menular berkenaan kesan sebenar undang-undang, dasar, atau langkah anti keganasan terhadap hak dan kebebasan awam bagi semua orang. SUHAKAM berpandangan bahawa cabaran yang dihadapi oleh Kerajaan ialah bagaimana untuk memberi tindak balas berkesan terhadap ancaman pengganas yang mungkin berlaku, tanpa mengetepikan prinsipprinsip hak asasi manusia yang merupakan lambang masyarakat demokrasi dan termaktub dengan jelasnya di dalam Perlembagaan kita. Apabila Malaysia meluluskan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), telah dijamin bahawa ia akan digunakan hanya apabila terdapat ancaman yang pasti terhadap negara kita daripada pengganas. Dalam tempoh yang pendek sejak ia diluluskan, SOSMA telah digunakan bagi tujuan lain dari antikeganasan, dan SUHAKAM telah mencatatkan aduan daripada tahanan yang mendakwa terjadinya penderaan semasa tahanan 28 hari mereka, contohnya temu duga yang dijalankan dalam keadaan yang 8 LAPORAN TAHUNAN SUHAKAM 2016 suhakam BM.indd 8 4/21/17 12:07 PM

Select target paragraph3