Namun, sokongan yang diberi masih tidak cukup untuk menjamin hak kepada pendidikan bagi kanak-kanak pelarian. Walaupun hak kepada pendidikan termaktub di dalam Konvensyen Berkaitan Dengan Status Pelarian 1951, kanakkanak pelarian di negara ini yang mempunyai akses kepada pendidikan terpaksa menghadiri sama ada projek pendidikan yang dikendalikan oleh Pesuruhjaya Tinggi PBB Untuk Pelarian (UNHCR) dengan kerjasama badan bukan Kerajaan, atau kelas pendidikan dalam komuniti yang dianjurkan oleh komuniti pelarian itu sendiri, kerana mereka tidak layak untuk mendapat pendidikan formal. SUHAKAM akan terus berusaha untuk memastikan semua kanak-kanak dapat merealisasikan hak mereka kepada pendidikan. ULASAN PENGERUSI bagi Pembangunan Lestari iaitu untuk memastikan pendidikan terangkum dan berkualiti untuk semua dan menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat menjelang tahun 2030. Pada bulan September 2015, 170 pemimpin dunia telah berkumpul di Sidang Kemuncak Pembangunan Lestari PBB di New York untuk menerima pakai Agenda Pembangunan Lestari 2030. Agenda baru ini, yang berasaskan undang-undang hak asasi manusia antarabangsa, meliputi satu set 17 Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) yang luas serta 169 sasaran, dan akan berfungsi sebagai rangka kerja keseluruhan yang akan membimbing tindakan pembangunan nasional dan global untuk 14 tahun akan datang. Memandangkan SDG diperolehi daripada prinsip-prinsip hak asasi manusia, adalah penting untuk memastikan ianya dilaksanakan dengan komitmen politik yang cukup. Oleh itu, adalah sangat penting untuk kita bermula dengan penerimaan penuh dan menyeluruh terhadap hak asasi manusia. Tetapi ini akan menjadi sukar jika status penyertaan Malaysia kepada triti hak asasi manusia antarabangsa kekal pada kedudukan yang statik, menjadikan kita salah satu daripada beberapa negara di dunia yang mempunyai kadar paling rendah bagi ratifikasi/penyertaan triti. Kebanyakan triti hak asasi manusia antarabangsa mula berkuatkuasa berdekad yang lalu, dan ketidaksertaan Malaysia yang berterusan mencerminkan kurangnya keazaman negara ini untuk memenuhi kewajipan antarabangsanya. Sejak penubuhannya, SUHAKAM telah menyuarakan kebimbangannya kepada Kerajaan mengenai status penyertaan Malaysia kepada baki enam perjanjian hak asasi manusia antarabangsa. Hampir 80 peratus daripada semua Negara Anggota PBB telah meratifikasi atau menyertai sekurang-kurangnya empat daripada sembilan triti teras hak asasi manusia. Di rantau Asia Tenggara, kebanyakan negara telah meratifikasi atau menyertai sekurang-kurangnya lima triti. Malah, di kalangan negara-negara Islam, ada sebilangan yang telah meratifikasi atau menyertai lebih banyak triti teras ini daripada Malaysia. Malaysia tidak menandatangani atau menyertai Konvensyen Antarabangsa Tentang Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) 1969; LAPORAN TAHUNAN SUHAKAM 2016 7 suhakam BM.indd 7 4/21/17 12:07 PM

Select target paragraph3