Perutusan Pengerusi
Suruhanjaya mempertingkatkan lagi keberkesanan mekanisme pengendalian aduan dengan
memperkenalkan satu sistem e-aduan pada bulan April bagi menyediakan kaedah yang lebih
mudah diakses oleh orang awam dalam mengemukakan aduan berkenaan pelanggaran hak
asasi manusia.
Suruhanjaya terus memantau pelaksanaan hak rakyat untuk berhimpun secara aman di
negara ini. Pada tahun ini, Suruhanjaya telah memantau enam perhimpunan awam termasuk
perhimpunan BERSIH 4.0 yang berlangsung selama dua hari dari 29-30 Ogos di Kuala
Lumpur, Kuching, dan Kota Kinabalu. Suruhanjaya dapat memerhatikan beberapa perubahan
yang positif yang amat dialu-alukan berikutan pengenalan Akta Perhimpunan Aman 2012
(PAA), terutamanya dari segi pengendalian oleh pihak berkuasa, khususnya pihak polis, dan
juga pengendalian oleh pihak penganjur dan perlakuan orang awam semasa perhimpunan
berlangsung. Walau bagaimanapun, Suruhanjaya mengulangi betapa pentingnya bagi semua
pihak yang berkaitan memastikan bantahan dan perhimpunan awam diadakan dalam suasana
yang aman kerana hak untuk berhimpun secara aman tidak harus dijadikan alasan untuk
mencetuskan keganasan yang hanya akan menjejaskan konsep perhimpunan aman seperti
yang ditakrifkan di bawah undang-undang hak asasi manusia antarabangsa.
Suruhanjaya masih bimbang terhadap keadaan tahanan dan kakitangan yang bertanggungjawab
di pusat tahanan. Suruhanjaya telah menjalankan 35 lawatan berkala dan lawatan bersifat
siasatan ke pelbagai pusat tahanan di seluruh negara termasuk penjara, pusat tahanan
imigresen, lokap polis, serta pusat pemulihan dan rehabilitasi. Pada bulan Oktober, Suruhanjaya
dan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) sama-sama menjalankan lawatan
tanpa notis ke Pusat Tahanan Imigresen Machap Umboo di Melaka. Ini merupakan lawatan
pertama tanpa notis yang berjaya dijalankan oleh Suruhanjaya susulan daripada mesyuarat
bersama Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri pada 24 April 2014.
Suruhanjaya amat menitikberatkan tugas pemantauannya dan berpendapat bahawa ia
seharusnya dibenarkan untuk mengakses pusat tahanan tanpa notis semasa menjalankan
penyiasatan ataupun untuk memerhatikan keadaan tempat tinggal di tempat tersebut – yang
mana ini adalah berbeza dengan amalan sedia ada tetapi merupakan perkara biasa di negara
lain. Perkara ini telah ditekankan oleh Suruhanjaya ketika bermesyuarat dengan Menteri Hal
Ehwal Dalam Negeri, di mana beliau telah mengambil maklum, dan menyatakan kesediaan
Kementerian beliau untuk menyokong tugas pemantauan Suruhanjaya. Berhubung dengan
perkara ini juga, Suruhanjaya telah mengemukakan kepada Kerajaan sepuluh cadangan
pindaan terhadap undang-undang penubuhannya untuk memperkuatkan lagi mandat
dan kuasa Suruhanjaya sebagai sebuah Institusi Hak Asasi Manusia Kebangsaan (NHRI)
yang bebas. Salah satu cadangan pindaan utama adalah bagi memberi kuasa kepada
Suruhanjaya untuk menjalankan lawatan yang tidak dijadualkan ke pusat tahanan tanpa
perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa terlebih dahulu, bagi membolehkan
Suruhanjaya memerhatikan keadaan sebenar di dalam tempat tahanan. Malangnya, hampir
2
ANR2016-SUHAKAM-BM Version.indb 2
02/04/2016 3:33 AM