Ringkasan Eksekutif geran daripada Pejabat Komanwel dan Luar Negeri, United Kingdom (FCO). Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Datuk Paul Low telah merasmikan pelancaran Rangka Kerja Strategik pada Mac 2015. Selepas itu, satu siri program telah dijalankan oleh Suruhanjaya dalam menggerakkan agenda ini ke hadapan. Suruhanjaya juga akan mengadakan Perbincangan Meja Bulat mengenai “Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dan Kesannya kepada Hak Asasi Manusia di Malaysia” selepas memorandum yang diterima daripada beberapa orang ahli Parlimen. Daripada 30 bab dalam TPPA, Perbincangan Meja Bulat menumpukan mengenai hak harta intelek, pekerja dan penyelesaian pertikaian terhadap beberapa perkara yang mungkin mempunyai kesan ke atas hak asasi manusia. Ini adalah sebagai tambahan kepada kerja-kerja advokasi yang berterusan oleh Bahagian ini yang berkaitan dengan Pelan Tindakan Nasional Hak Asasi Manusia, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai hak asasi manusia; tindakan susulan ke atas laporan Inkuiri Nasional mengenai hak tanah Orang Asal/Asli di Malaysia dan penyelidikan mengenai isu-isu transgender. Bahagian Pembaharuan Perundangan dan Triti memantau pelaksanaan Triti Antarabangsa dalam negara di bawah Konvensyen mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW), Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) dan Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya (CRPD). Suruhanjaya mengulangi gesaan kepada Kerajaan untuk mempercepatkan penyerahan Laporan Kerajaan kepada badan-badan Triti yang berkaitan dan penarikan balik reservasi yang selebihnya kepada tiga Triti yang telah dibaiki. Sementara itu, Suruhanjaya sentiasa konsisten menggesa Kerajaan menyetujui enam lagi baki instrumen hak asasi manusia antarabangsa yang mana tiada ada sebarang perkembangan terbaharu. Untuk mempergiatkan lagi usaha tersebut, beberapa Perbincangan Meja Bulat mengenai ICESCR dan CAT telah dianjurkan oleh Suruhanjaya pada tahun ini. Walaupun maklum balas oleh Kerajaan mengenai cadangan terhadap pindaan Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (HRCMA) tidak memihak, Suruhanjaya masih meneruskan tuntutan tersebut terhadap pindaan yang dicadangkan bagi menjamin kebebasan Suruhanjaya dan akauntabiliti secara langsung dalam mematuhi Prinsip-Prinsip Paris. Selain itu, Suruhanjaya telah bertindak sebagai peguam pemerhati dalam 17 kes untuk dikemukakan kepada mahkamah yang berkaitan dengan tanggungjawab Kerajaan di bawah CEDAW, CRC dan CRPD yang mana Malaysia merupakan suatu pihak. Suruhanjaya berharap untuk bertindak sebagai peguam pemerhati dalam Mahkamah Syariah pada tahun hadapan dan kini masing dalam perbincangan dengan badan-badan profesional dan pihak berkuasa kehakiman yang berkaitan. Walaupun dalam Akta memberi kuasa berkanun kepada Suruhanjaya untuk menasihati dan membantu Kerajaan dalam merangka undang-undang, Suruhanjaya tidak dirujuk dalam kajian 11 ANR2016-SUHAKAM-BM Version.indb 11 02/04/2016 3:33 AM

Select target paragraph3