Ringkasan Eksekutif RINGKASAN EKSEKUTIF Suruhanjaya telah memulakan penstrukturan semula dalam menyusun struktur dan operasi organisasi yang menghasilkan penambahan tiga jawatan baru, penukaran tugasan kerja dan mengubah suai struktur pelaporan dan komunikasi. Penyusunan semula ini adalah untuk meningkatkan kecekapan dalam menjalankan mandat Suruhanjaya di bawah Akta tersebut. Fungsi utama Suruhanjaya adalah mempromosi dan melindungi hak asasi manusia sebagai asas utama dalam struktur utama baru kepada pembentukan tiga Kumpulan iaitu Khidmat Korporat; Dasar, Perundangan dan Aduan; dan Komunikasi. Peranan dan fungsi setiap Kumpulan dan Bahagian masing-masing diperincikan dalam Bab 5 iaitu dibawah bab Kumpulan Khidmat Korporat. Pada tahun 2015, bagi memenuhi visi dan misi, Suruhanjaya telah melaksanakan Pelan Kerja dan menjalankan pelbagai pendidikan komuniti, latihan dan program penglibatan dan aktiviti untuk pelbagai kumpulan masyarakat di negara ini. Ini adalah sebagai tambahan kepada penyelidikan, sokongan dan syor-syor mengenai perundangan, dasar dan prosedur yang disediakan kepada Kerajaan dan pihak yang berkepentingan dalam mempromosi dan melindungi hak asasi manusia. LAPORAN KUMPULAN DASAR, PERUNDANGAN DAN ADUAN Bahagian Dasar telah memuktamadkan kajian tematik yang berkaitan dengan “Hak Pendidikan untuk Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran” dan “Perkhidmatan Penjagaan Warga Emas dan Sokongan untuk Penjaga” dan laporan tersebut telah dikeluarkan secara serentak semasa Perbincangan Meja Bulat yang telah diadakan secara berasingan pada bulan November 2015. Perbincangan Meja Bulat tersebut membenarkan pihak-pihak berkepentingan yang berkenaan untuk bertukar-tukar pandangan mengenai hasil dapatan dan syor-syor laporan dengan Suruhanjaya. Sebagai sebahagian daripada tumpuan berterusan Bahagian ini mengenai Hak Asasi Manusia dan Perniagaan, Suruhanjaya dengan kerjasama Pasukan Negara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Malaysia telah menyiapkan projek dan membentangkan hasil dapatan Rangka Kerja Strategik dalam Pelan Tindakan Nasional mengenai Hak Asasi Manusia dan Perniagaan untuk Malaysia (Rangka Kerja Strategik). Rangka Kerja Strategik ini menyediakan hala tuju rasional, garis panduan dan dasar dalam pembangunan Pelan Tindakan Nasional mengenai hak asasi manusia dan perniagaan untuk Negara. Projek yang melibatkan beberapa aktiviti telah diselesaikan dalam rangka tempoh tujuh bulan dan telah dapat dilaksanakan melalui 10 ANR2016-SUHAKAM-BM Version.indb 10 02/04/2016 3:33 AM

Select target paragraph3