Perutusan Pengerusi
kesemua cadangan pindaan tersebut tidak diterima oleh Kerajaan; walau bagaimanapun,
Suruhanjaya akan meneruskan usaha ini bagi menaikkan tarafnya setanding dengan NHRI
lain di rantau Asia-Pasifik dan dunia.
Sungguhpun terdapat batasan di dalam Akta penubuhannya, Suruhanjaya meneruskan
pelaksanaan fungsinya melebihi peruntukan yang tersurat dalam Akta tersebut. Salah satu
inisiatif yang dilakukan adalah dengan menjadi peguam pemerhati dalam kes mahkamah
sivil yang melibatkan isu hak asasi manusia. Sejak tahun 2010 sehingga kini, Suruhanjaya
telah terlibat sebagai peguam pemerhati dalam 17 kes. Suruhanjaya juga telah berhubung
dengan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia untuk mendalami cadangan bagi Suruhanjaya
menjadi peguam pemerhati di Mahkamah Syariah dalam kes yang melibatkan hak asasi
manusia dan Islam. Berikutan dengan maklum balas positif dari pihak Jabatan Kehakiman
Syariah Malaysia, Suruhanjaya berharap untuk memuktamadkan secara rasmi aturan dan
prosedur yang diperlukan dalam masa terdekat.
Jenayah pemerdagangan orang merupakan satu pencabulan hak asasi manusia yang serius.
Suruhanjaya amat terganggu dengan penemuan 28 kem pemerdagangan orang yang terbiar
dan 139 kubur di Wang Kelian, Perlis, berdekatan sempadan Malaysia-Negara Thai yang
mengejutkan. Keseriusan pencabulan hak asasi manusia yang timbul daripada kejadian ini
mencerminkan bagaimana pemerdagangan orang dan penyeludupan migran tetap menjadi
masalah yang berat di peringkat tempatan dan antarabangsa. Melihat kepada kenaikan
Malaysia dari Kedudukan Ketiga kepada Kedudukan Kedua dalam Senarai Pemerhatian
oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat dalam Laporan Pemerdagangan Orang (TIP) 2015,
Suruhanjaya berpendapat bahawa terdapat keperluan yang mendesak bagi Kerajaan menyiasat
perkara ini secara telus dan meningkatkan lagi usaha memerangi pemerdagangan orang dan
penyeludupan migran di negara ini.
Suruhanjaya meneruskan usahanya dalam mendidik dan mempromosi hak asasi manusia
menerusi pelbagai aktiviti dan projek usahasama yang melibatkan sekolah, universiti, agensi
penguatkuasa, organisasi masyarakat sivil dan masyarakat akar umbi. Suruhanjaya berbesar
hati melihat Program Amalan Terbaik Hak Asasi Manusia di Sekolah yang lebih dikenali dengan
singkatan Bahasa Melayunya “ATHAM” - yang diperkenalkan bersama oleh Suruhanjaya dan
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada tahun 2008, telah diperluaskan kepada 152
buah sekolah di Semenanjung Malaysia dan akan dipanjangkan lagi kepada 24 buah sekolah
di Sabah dan 31 buah sekolah di Sarawak menjelang 2016. Walau bagaimanapun, Suruhanjaya
mendapati bahawa terdapat jurang dalam pelaksanaan program ATHAM yang ia percaya
boleh diselesaikan dengan penubuhan sebuah jawatankuasa di setiap Jabatan Pendidikan
Negeri dan Daerah oleh KPM. Suruhanjaya tetap yakin bahawa salah satu cara yang paling
berkesan untuk mempromosikan hak asasi manusia di kalangan rakyat jelata adalah melalui
penerapan nilai hak asasi manusia pada usia yang awal, bermula di peringkat sekolah rendah
- seperti yang dilakukan oleh semakin banyak negara - dan sehubungan dengan ini, ia akan
3
ANR2016-SUHAKAM-BM Version.indb 3
02/04/2016 3:33 AM