Bab 1 – Laporan Kumpulan Dasar, Undang-undang dan Aduan (ii) Untuk mengenal pasti langkah-langkah susulan yang perlu diambil selaras dengan hasil dapatan laporan serta peranan pihak berkepentingan dalam memastikan keberkesanan pelaksanaan syor-syor laporan itu. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh En. Daniel Lo, Pegawai Khas (Hak Asasi Manusia) kepada YB Senator Datuk Paul Seng Kuan, dan dihadiri oleh 37 peserta termasuk wakil pelbagai organisasi Orang Asli/Asal dan juga ahli akademik. Isu-isu berikut telah dibangkitkan semasa sesi taklimat tersebut: (i) Masyarakat pribumi melahirkan rasa kecewa terhadap kelewatan pihak Kerajaan menyiapkan laporan Pasukan Petugas Khas untuk makluman orang ramai dan masyarakat pribumi. Kebimbangan turut dibangkitkan mengenai kelewatan dalam melaksanakan syor-syor Pasukan Petugas Khas, yang menyebabkan dasar-dasar lama yang melanggar hak-hak Orang Asal masih terus diguna pakai. (ii) Terdapat dakwaan bahawa kelewatan pihak Kerajaan dalam melaksanakan cadangancadangan Pasukan Petugas Khas telah mengakibatkan pencerobohan yang berterusan ke atas tanah adat masyarakat pribumi. (iii) Memandangkan perbezaan konsep geran komunal antara Orang Asli/Asal di Semenanjung dan pribumi Sabah dan Sarawak, timbul keperluan untuk menggunakan terminologi yang berbeza untuk Orang Asli di Semenanjung dan pribumi Sabah dan Sarawak. Lanjutan dari itu, terdapat cadangan untuk memperincikan isu geran komunal di dalam laporan Pasukan Petugas Khas bagi mengelakkan sebarang kekeliruan. Pada 3 Jun, YB Senator Datuk Paul Low Seng Kuan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, mengumumkan pembentukan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Hak Tanah Adat, yang akan diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri YAB Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin Hj Mohd Yassin, untuk menangani, memantau, dan melaksanakan hasil laporan Pasukan Petugas Khas. Jawatankuasa Kabinet ini juga akan memainkan peranan sebagai Suruhanjaya Nasional yang bebas, selaras dengan salah satu daripada 18 cadangan yang dibuat oleh Suruhanjaya di dalam laporan NI. Walau bagaimanapun, selepas rombakan Kabinet yang berlaku pada 28 Julai, Suruhanjaya telah dimaklumkan bahawa pembentukan Jawatankuasa Kabinet ini telah ditangguhkan. Suruhanjaya, di dalam meneruskan agenda ini, menggesa Kerajaan agar mempercepatkan pelaksanaan syor-syor di dalam laporan NI. Walau bagaimanapun, memandangkan kurangnya maklumat mengenai penubuhan serta perkembangan Jawatankuasa Kabinet mengenai hak tanah adat tersebut, Suruhanjaya bersetuju yang buat sementara ini, isu-isu NI akan dibangkitkan bersama-sama aduan Orang Asli/Asal yang lain di dalam perbincangan bersama Kerajaan negeri yang berkaitan. Suruhanjaya, di dalam Rancangan Kerja untuk 2016, akan 48 ANR2016-SUHAKAM-BM Version.indb 48 02/04/2016 3:33 AM

Select target paragraph3