Bab 1 – Laporan Kumpulan Dasar, Undang-undang dan Aduan satu senarai soalan ringkas yang perlu dijawab atau berusaha dijawab oleh sesuatu syarikat demi mengetahui dan menunjukkan bahawa mereka telah memenuhi tanggungjawab mereka untuk menghormati hak asasi manusia secara amali. Ia menawarkan panduan yang jelas dan mudah tentang bagaimana untuk menjawab soalan-soalan ini dengan maklumat yang relevan dan bermakna mengenai dasar, proses, dan prestasi syarikat berkenaan hak asasi manusia. (f) Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) Suruhanjaya, sejak 2012, telah memantau rundingan TPPA untuk memastikan bahawa Kerajaan mengutamakan aspek perlindungan seperti yang tertera di bawah Prinsip 9 UNGP, yang mengisytiharkan bahawa: “Negara-negara patut mengekalkan ruang polisi domestik yang cukup untuk memenuhi kewajipan hak asasi manusia mereka dalam mengejar matlamat polisi berkenaan perniagaan bersama Negara-negara lain ataupun perusahaan-perusahaan perniagaan, sebagai contoh melalui kontrak atau triti pelaburan.” Sebaik selesai rundingan pada 5 November, teks lengkap TPPA telah dibuka kepada orang ramai dan boleh dimuat turun dari laman web MITI. MITI juga mengalu-alukan sebarang input dan maklum balas daripada orang ramai berhubung TPPA. Terdapat 30 Bab TPPA yang meliputi pelbagai isu termasuk pelaburan, perolehan Kerajaan, harta intelek, tenaga kerja, dan penyelesaian pertikaian. Pada 1 Disember, Suruhanjaya menerima memorandum mengenai kesan TPPA terhadap hak asasi manusia di Malaysia daripada beberapa Ahli Parlimen dan seorang bekas senator. Selanjutnya, Suruhanjaya bersetuju dalam mesyuarat bulanannya pada 8 Disember untuk menganjurkan PMB mengenai “TPPA dan Kesannya kepada Hak Asasi Manusia di Malaysia” pada bulan Januari 2016, dengan tumpuan kepada bab-bab terpilih, iaitu hak harta intelek, tenaga kerja, dan penyelesaian pertikaian, yang mungkin mempunyai kesan ke atas hak asasi manusia di Malaysia. 3. TINDAKAN SUSULAN KEPADA INKUIRI NASIONAL MENGENAI HAK TANAH ORANG ASLI/ASAL (NI) Pada 30 April, Suruhanjaya melalui Bahagian Dasar dan Bahagian Promosi dan Perhubungan Awam telah mengadakan sesi taklimat mengenai hasil dapatan Pasukan Petugas Khas mengenai laporan Inkuiri Nasional. Objektif sesi taklimat tersebut adalah seperti berikut: (i) Untuk mendapatkan maklumat mengenai perkembangan terkini mengenai hasil dapatan Pasukan Petugas Khas; dan 47 ANR2016-SUHAKAM-BM Version.indb 47 02/04/2016 3:33 AM

Select target paragraph3