Bab 1 – Laporan Kumpulan Dasar, Undang-undang dan Aduan
(d)
PMB mengenai Mempromosikan Hak Asasi Manusia dan Perniagaan di Sabah
dan Sarawak
Lanjutan daripada usaha untuk mengarusperdanakan agenda hak asasi manusia dan
perniagaan, Suruhanjaya telah menganjurkan dua PMB mengenai “Mempromosikan Hak
Asasi Manusia dan Perniagaan” di Sabah dan Sarawak pada 2 dan 3 September dengan
objektif-objektif berikut:
(i)
Memperkenalkan UNGP kepada pihak berkepentingan yang relevan yang mempunyai
kaitan dengan aktiviti-aktiviti perniagaan di Malaysia;
(ii)
Meningkatkan kefahaman mengenai bagaimana UNGP boleh dilaksanakan dari segi
praktikal;
(iii) Mengenal pasti, mempromosi, serta berkongsi amalan baik/terbaik dan pengajaran
yang didapati dari perlaksanaan UNGP;
(iv) Memberi peluang kepada pelbagai pihak termasuk Kerajaan, GLC, NGO dan CSO
lain untuk menyuarakan kebimbangan dan perspektif mereka mengenai isu-isu yang
berkaitan dengan perniagaan dan hak asasi manusia; dan
(v)
Membincangkan kemungkinan kerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan dalam
mempromosikan agenda mengenai perniagaan dan hak asasi manusia di Malaysia.
Isu-isu dan syor-syor berikut telah dibangkitkan oleh peserta PMB:
(i)
Kekurangan Kuasa bagi Penguatkuasaan
Walaupun ada undang-undang yang mencukupi untuk melindungi hak asasi manusia,
undang-undang tersebut tidak berkesan kerana kekurangan kuasa bagi penguatkuasaan.
(ii)
Jurang antara Perundangan dan Pelaksanaan Keputusan Mahkamah
Terdapat jurang antara dasar, undang-undang, dan penguatkuasaan, dan ini
mengakibatkan kesan yang besar di peringkat tempatan terutama di kalangan masyarakat
pribumi. Terdapat beberapa kes yang melibatkan Hak Adat Bumiputera di mana
keputusannya memihak kepada masyarakat Orang Asli. Walau bagaimanapun, agensi
yang berkenaan seolah-olah tidak mengambil kira keputusan tersebut dan gagal
untuk membuat pelarasan yang perlu kepada amalan semasa bagi mencerminkan
keputusan mahkamah.
(iii) Akses kepada Maklumat dan Perundingan
Adalah penting bagi perniagaan untuk mendapatkan kebenaran yang betul dan mencukupi
daripada penduduk tempatan apabila memulakan projek-projek pembangunan baru
yang mungkin memberi kesan kepada mereka. Adalah tanggungjawab perniagaan
45
ANR2016-SUHAKAM-BM Version.indb 45
02/04/2016 3:33 AM