Bab 1 – Laporan Kumpulan Dasar, Undang-undang dan Aduan
Dr. Claire O’Brien, Penasihat Strategik Institut Hak Asasi Manusia Denmark, memberikan
maklumat dan berkongsi pengalaman negara-negara Eropah dalam membangunkan
sebuah PTN.
Berikut adalah antara isu-isu yang telah dibincangkan:
(i)
Pendekatan Undang-undang Tidak Mengikat (‘Soft Law’) Berbanding Undang-undang
Mengikat (‘Hard Law’)
Kebimbangan telah dibangkitkan berhubung dengan keberkesanan pendekatan ‘soft
law’ dalam menangani pencabulan hak asasi manusia korporat. Ramai berpendapat
bahawa ‘soft law’ hanyalah garis panduan yang tidak mengikat di sisi undang-undang
dan oleh itu berkemungkinan tidak dipatuhi oleh perniagaan. Walau bagaimanapun,
telah ditekankan bahawa pendekatan ‘soft law’ adalah sesuatu yang perlu diterokai lagi,
kerana pendekatan ‘hard law’ mempunyai batasan sendiri dan melibatkan banyak aspek
teknikal, sebagai contoh beban bukti, akses kepada dokumen, dan isu-isu melibatkan
anak-anak syarikat. ‘Hard law’ harus menjadi pilihan terakhir, jika mekanisme ‘soft law’
tidak dapat menangani pencabulan hak asasi manusia dan perniagaan.
Pendekatan ‘soft law’ juga boleh membantu untuk mempengaruhi pemahaman
perniagaan mengenai bagaimana tingkah laku dan aktiviti mereka berkemungkinan
mempunyai kesan buruk ke atas hak rakyat/masyarakat, yang seterusnya akan
menjadikan perniagaan lebih berkewajipan dan bertanggungjawab dalam mengendalikan
isu-isu atau konflik hak asasi manusia. UNGP serta garis panduan OECD adalah contoh
‘soft law’ dan merupakan mekanisme yang baik untuk digunakan terutamanya oleh
Kerajaan dalam menangani konflik antara perniagaan dan mangsa. Dalam sesetengah
keadaan, konflik boleh diselesaikan melalui mediasi atau perundingan, dan kadang kala
permohonan maaf adalah remedi yang mencukupi untuk mangsa.
(ii)
Pemilikan PTN
Pemilikan PTN berkenaan hak asasi manusia dan perniagaan haruslah terletak dengan
Kerajaan memandangkan agensi-agensi Kerajaan adalah bertanggungjawab untuk
memantau aktiviti sektor perniagaan dan memastikan bahawa mereka tidak melanggar
hak asasi manusia. Telah dicadangkan agar Jabatan Perdana Menteri (JPM) menerajui
proses pembangunan PTN, dan JPM menyelaras penubuhan sebuah jawatankuasa
antara agensi untuk perkara ini.
(iii) Perjanjian Pelaburan dan Perdagangan
Adalah penting bagi Kerajaan untuk mengimbangi antara keperluan untuk menarik
pelabur asing dan tanggungjawab untuk melindungi hak asasi manusia seperti yang
terkandung dalam teras pertama UNGP. Kerajaan harus mengekalkan dasar dan
undang-undang yang mencukupi untuk melindungi hak asasi manusia.
44
ANR2016-SUHAKAM-BM Version.indb 44
02/04/2016 3:33 AM