Bab 1 – Laporan Kumpulan Dasar, Undang-undang dan Aduan memberikan input yang akan mempertingkatkan dan menambah kepada cadangan dasar yang dibuat, dan membangkitkan objektif dasar tambahan yang relevan dengan Malaysia; dan • Supaya pelaku bukan Kerajaan menyokong usaha-usaha untuk membangunkan sebuah PTN untuk hak asasi manusia dan perniagaan. Selepas pelancaran Rangka Kerja Strategik, Suruhanjaya telah mengadakan beberapa perbincangan susulan dengan pihak berkepentingan seperti GLC, CSO, pihak berkuasa, dan Pejabat YB Senator Datuk Paul Low Seng Kuan. Suruhanjaya juga telah mengemukakan cadangan pelan tindakan ke arah membangunkan sebuah PTN mengenai hak asasi manusia dan perniagaan untuk Malaysia kepada YB Senator Datuk Paul Low Seng Kuan. Pelan tindakan tersebut menggariskan, antara lain, tempoh masa dan cadangan bagi penubuhan jawatankuasa pemandu yang akan terdiri daripada wakil-wakil daripada kementerian yang berkaitan seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI); Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Suruhanjaya akan terus bekerja rapat dengan Pejabat YB Senator Datuk Paul Low Seng Kuan dan pihak-pihak yang berkenaan dalam membangunkan sebuah NAP mengenai hak asasi manusia dan perniagaan untuk Malaysia. (c) PMB berkenaan Pembangunan sebuah PTN mengenai Hak Asasi Manusia dan Perniagaan Pada 16 Jun, satu PMB berkenaan “Pembangunan sebuah PTN mengenai Hak Asasi Manusia dan Perniagaan untuk Malaysia” telah dianjurkan dengan agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan, dengan objektif seperti berikut: (i) Memperkenalkan UNGP mengenai Hak Asasi Manusia dan Perniagaan kepada agensiagensi Kerajaan; (ii) Memberi gambaran keseluruhan berkenaan PTN mengenai hak asasi manusia dan perniagaan; (iii) Berkongsi pengalaman negara-negara Eropah dalam pembangunan sebuah PTN mengenai hak asasi manusia dan perniagaan serta pengajaran mengenai pelaksanaan sesebuah PTN; dan (iv) Membincangkan kerjasama di masa depan dengan agensi-agensi Kerajaan dalam memajukan agenda mengenai hak asasi manusia dan perniagaan serta pelaksanaan PTN mengenai hak asasi manusia dan perniagaan di Malaysia. 43 ANR2016-SUHAKAM-BM Version.indb 43 02/04/2016 3:33 AM

Select target paragraph3