Bab 1 – Laporan Kumpulan Dasar, Undang-undang dan Aduan
hak asasi manusia memerlukan tindakan bebas sektor perniagaan sendiri. Pada masa
yang sama, Kerajaan perlu menyediakan satu persekitaran kawal selia dan dasar yang
sesuai untuk memupuk rasa hormat korporat terhadap hak asasi manusia.
(ii)
Bahawa hakikat yang pencabulan hak asasi manusia akibat aktiviti perniagaan
begitu berleluasa di seluruh dunia berpunca dari amalan pihak-pihak kerajaan yang
mengasingkan, atau meminggirkan, proses pengawalseliaan pematuhan hak asasi
manusia dari proses pengawalseliaan perniagaan dan aktiviti ekonomi. Kedua-dua
jenis proses ini perlu diintegrasi.
(iii) Bahawa sungguhpun pihak-pihak kerajaanlah yang mempunyai kesahihan, kemampuan,
dan sumber untuk membuat keputusan-keputusan sukar dalam mengimbangi keperluankeperluan yang saling bercanggah dalam masyarakat, kewujudan pencabulan hak asasi
manusia akibat aktiviti perniagaan menunjukkan bahawa lebih banyak perlu dilakukan
untuk mendapatkan keseimbangan yang tepat.
(iv) Bahawa adalah penting untuk proses membangunkan sebuah PTN mengenai hak
asasi manusia dan perniagaan dimiliki dan diterajui oleh Kerajaan, dan untuk PTN
tersebut dibangunkan berdasarkan rundingan yang cukup, termaklum, dan inklusif
dengan pihak berkepentingan.
Di samping itu, berkenaan cara-cara praktikal untuk Rangka Kerja Strategik ini diguna pakai
oleh pihak Kerajaan dan bukan Kerajaan, Suruhanjaya mengesyorkan:
(i)
(ii)
Kepada Kerajaan
•
Supaya Rangka Kerja Strategik digunakan untuk mengenal pasti
dan mendapatkan penglibatan kementerian dan agensi berkaitan
untuk mengambil bahagian dalam suatu usaha rentas Kerajaan bagi
membangunkan PTN tersebut; dan
•
Biarpun sebuah PTN pada peringkat awalnya mungkin tidak dapat
menyasarkan semua matlamat dasar yang dikenal pasti, bahawa Rangka
Kerja Strategik tetap patut dikemukakan untuk rundingan oleh pihak-pihak
berkepentingan dan diberi pertimbangan yang sewajarnya sebelum memilih
dasar-dasar yang ingin ditangani dalam PTN pada peringkat awal.
Kepada Pelaku Bukan Kerajaan
•
Supaya pelaku bukan Kerajaan menggunakan Rangka Kerja Strategik dan
UNGP sebagai titik rujukan untuk tindakan, termasuk mengenal pasti
matlamat dasar yang berkaitan dengan minat dan pengalaman mereka,
42
ANR2016-SUHAKAM-BM Version.indb 42
02/04/2016 3:33 AM