Bab 1 – Laporan Kumpulan Dasar, Undang-undang dan Aduan (iv) Bengkel Berkenaan Draf Rangka Kerja PTN mengenai Perniagaan dan Hak Asasi Manusia di Malaysia Bengkel ini telah dianjurkan pada 16 Mac untuk mengkaji dan mendapatkan maklum balas dari agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan, entiti-entiti perniagaan, CSO, dan ahli akademik mengenai draf Rangka Kerja Strategik yang telah dibangunkan oleh Suruhanjaya dengan bantuan pakar rujuk. Input dan maklum balas daripada para peserta bengkel ini telah dipertimbangkan dan diguna pakai di mana bersesuaian dalam Rangka Kerja Strategik. (v) Dialog Perundingan dan Pelancaran Rangka Kerja Strategik PTN mengenai Perniagaan dan Hak Asasi Manusia Malaysia Suruhanjaya dengan kerjasama UNCT telah menganjurkan Dialog Rundingan ini pada 24 Mac, bersama agensi Kerajaan yang berkaitan, entiti perniagaan, GLC, pihak berkuasa, dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Objektif utama Dialog Rundingan ini adalah untuk menyediakan satu platform interaktif bagi membincangkan Rangka Kerja Strategik dan peranan Kerajaan dan pihak berkepentingan ke arah mewujudkan dan melaksanakan NAP mengenai Perniagaan dan Hak Asasi Manusia Malaysia. Rangka Kerja Strategik tersebut kemudiannya telah dilancarkan oleh YB Senator Datuk Paul Low Seng Kuan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, yang turut menyampaikan ucaptama di Dialog Perundingan tersebut. Dalam ucapannya, YB Menteri menawarkan komitmen beliau dalam memastikan bahawa satu NAP mengenai perniagaan dan hak asasi manusia dibangunkan dan dilaksanakan di Malaysia. (b) Rangka Kerja Strategik berkenaan Pelan Tindakan Nasional (PTN) mengenai Perniagaan dan Hak Asasi Manusia untuk Malaysia Rangka Kerja Strategik menjelaskan rasional dan menyediakan garis panduan untuk pembangunan PTN bagi memastikan pengendalian perniagaan yang menghormati hak asasi manusia. Rangka Kerja Strategik juga menyediakan hala tuju dasar bagi pembangunan PTN mengenai hak asasi manusia dan perniagaan untuk Malaysia, dengan tujuan ke arah mempromosikan sikap hormat terhadap hak asasi manusia oleh Kerajaan dan pelaku bukan kerajaan termasuk perniagaan, masyarakat sivil, dan individu mahupun kumpulan yang terjejas oleh kesan buruk aktiviti perniagaan terhadap hak asasi manusia. Objektif PTN adalah untuk menangani cabaran dalam menguruskan dengan betul kesan buruk tersebut, bagi tujuan memastikan bahawa transformasi Malaysia kepada sebuah negara maju dilaksanakan dalam cara yang mampan. Rangka Kerja Strategik dan syor-syor yang terkandung di dalamnya didasarkan atas pemahaman berikut: (i) Bahawa Kerajaan dan sektor perniagaan mempunyai peranan berbeza tetapi saling melengkapi berhubung dengan hak asasi manusia. Penghormatan korporat terhadap 41 ANR2016-SUHAKAM-BM Version.indb 41 02/04/2016 3:33 AM

Select target paragraph3