Bab 1 – Laporan Kumpulan Dasar, Undang-undang dan Aduan
(i)
Mesyuarat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
Menyedari bahawa SSM adalah agensi yang penting dan terutama dalam mengawal
selia penubuhan perniagaan, dan mempunyai kuasa untuk mempertingkatkan tadbir
urus korporat dan hak asasi manusia, Suruhanjaya memutuskan untuk bekerjasama
dengan SSM bagi menyokong kerja-kerja Suruhanjaya mengenai perniagaan dan hak
asasi manusia. Pada 15 Januari, mesyuarat strategik bersama SSM telah diadakan bagi
memberi taklimat kepada SSM mengenai kerelevanan UNGP kepada sektor perniagaan
di Malaysia. Suruhanjaya dengan berbesar hati mengambil maklum bahawa SSM
telah mengiktiraf hubungan antara perniagaan dan hak asasi manusia dengan agenda
semasa mereka mengenai tanggungjawab korporat. Sejak dari itu, SSM telah menjadi
penyokong utama kerja-kerja Suruhanjaya mengenai perniagaan dan hak asasi manusia.
(ii)
Soal Selidik untuk Badan Pengawalseliaan dan Entiti Perniagaan
Suruhanjaya telah menjalankan soal selidik bagi mendapatkan input dan pemahaman
tentang isu-isu yang berkaitan, sebagai contoh, konsep perniagaan dan hak asasi manusia,
khususnya sama ada terdapat mana-mana dasar yang dilaksanakan dengan mengambil
kira hak asasi manusia dan sekiranya terdapat halangan dalam membudayakan hak
asasi manusia dalam operasi perniagaan. Soal selidik telah diedarkan kepada tiga
badan kawal selia di Malaysia dan empat syarikat termasuk syarikat berkaitan kerajaan
(GLC). Temu bual telah dijalankan pada bulan Februari. Walau bagaimanapun, daripada
tujuh responden, Suruhanjaya hanya menerima maklum balas daripada SSM, Bursa
Malaysia Berhad dan UEM Berhad.
(iii) Lawatan Bidang Kuasa ke London
Lawatan bidang kuasa ke London telah diadakan dari 1-7 Mac , dengan objektif untuk
mendalami dan memahami pengalaman Kerajaan UK dalam membangunkan Pelan
Tindakan Nasional (PTN) mengenai Perniagaan dan Hak Asasi Manusia dan mengenal
pasti cabaran serta jurang dalam pembangunan PTN tersebut, serta memahami proses
dan mekanisme pembangunan PTN oleh agensi-agensi yang berkaitan. Kerajaan UK
merupakan negara pertama yang menghasilkan PTN mengenai Perniagaan dan Hak
Asasi Manusia bagi melaksanakan UNGP.
Dengan bantuan daripada FCO, Suruhanjaya berkesempatan untuk bertemu dan
mengadakan perbincangan dengan wakil-wakil Suruhanjaya Kesaksamaan dan Hak
Asasi Manusia (EHRC); Amnesty UK; Pusat Sumber Perniagaan; UN Global Compact;
Jabatan Perniagaan, Inovasi dan Kemahiran (BIS); Suruhanjaya Undang-undang
England dan Wales; Institut Perniagaan dan Hak Asasi Manusia; Jabatan ASEAN,
FCO; dan Jabatan Demokrasi dan Hak Asasi Manusia, FCO. Lawatan bidang kuasa ini
membolehkan Suruhanjaya mendapatkan maklumat dan menghargai kerelevanannya
dalam konteks keadaan semasa di Malaysia, serta mengenal pasti amalan terbaik dan
cabaran yang dihadapi oleh Kerajaan UK dalam membangunkan sebuah PTN.
40
ANR2016-SUHAKAM-BM Version.indb 40
02/04/2016 3:33 AM