Bab 1 – Laporan Kumpulan Dasar, Undang-undang dan Aduan BAHAGIAN DASAR Dunia ini mampu memenuhi keperluan semua orang, tetapi tidak mampu memenuhi ketamakan semua orang. Mahatma Gandhi Pemimpin nasionalis India yang unggul dan penyokong keingkaran awam tanpa keganasan. Di bawah proses penstrukturan semula, Suruhanjaya telah memisahkan Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Dasar kepada dua bahagian baru - Bahagian Dasar dan Bahagian Pembaharuan Undang-undang dan Triti. Pada tahun ini, Bahagian Dasar telah menumpukan gerak kerja dan advokasi terhadap isu-isu yang berkaitan dengan Hak Asasi Manusia dan Perniagaan; Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (NHRAP); Jawatankuasa Pemilih Parlimen mengenai hak asasi manusia; tindakan susulan ke atas laporan Inkuiri Nasional Hak Tanah Orang Asal di Malaysia (NI); dan kajian mengenai isu-isu transgender, terutamanya berkenaan dengan hak-hak kepada pekerjaan, kesihatan, pendidikan, perumahan, dan maruah diri. Bahagian Dasar juga telah menjalankan aktiviti-aktiviti susulan kepada kajian tematik Suruhanjaya sebelum ini mengenai “Hak kepada Pendidikan bagi Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran” dan “Perkhidmatan Jagaan untuk Warga Emas dan Sokongan kepada Penjaga”. 1. AKTIVITI SUSULAN KEPADA ISU-ISU TEMATIK 2013 Dalam melengkapkan laporan penyelidikan Suruhanjaya berkenaan isu-isu tematik 2013, iaitu “Hak kepada Pendidikan bagi Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran” dan “Perkhidmatan Jagaan untuk Warga Emas dan Sokongan kepada Penjaga”, Suruhanjaya telah mengadakan pertemuan dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mendapatkan input dan komen serta data terkini dan statistik yang kemudiannya dimasukkan dalam laporan Suruhanjaya. Kedua-dua laporan ini telah dikeluarkan pada 16 November semasa perbincangan meja bulat (PMB) yang diadakan untuk bertukar pandangan mengenai hasil dapatan dan syor-syor dari kedua-dua laporan tersebut. PMB tersebut telah dibahagikan kepada dua sesi. Sesi pagi memfokuskan kepada isu-isu yang berkaitan dengan hak kepada pendidikan bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran 35 ANR2016-SUHAKAM-BM Version.indb 35 02/04/2016 3:33 AM

Select target paragraph3