Isu-Isu Utama
bawah undang-undang ini juga tersasar dari peraturan biasa dalam kaedah keterangan dan
tatacara jenayah memandangkan Pegawai Siasatan (IO) boleh mendapatkan bahan bukti
dengan apa cara sekalipun. Selanjutnya, Akta ini menolak semakan kehakiman secara bebas
bagi menilai perintah tahanan dan sekatan yang jelas bercanggah dengan hak kesaksamaan
dan perlindungan sama rata di sisi undang-undang seperti yang dijamin oleh Perlembagaan
Persekutuan Malaysia. Sebaliknya, Akta ini memperkenalkan Lembaga Pencegahan Keganasan.
Kebebasan lembaga ini telah dipersoalkan oleh masyarakat awam memandangkan ahli-ahlinya
dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong berdasarkan nasihat Kerajaan dan boleh disingkirkan
pada bila-bila masa. Di samping itu, terdapat juga persoalan terhadap objektiviti lembaga
tersebut memandangkan ia boleh mengenakan perintah tahanan dan sekatan yang boleh
diperbaharui ke atas individu-indivdu yang tidak diwakili oleh peguam pembelaan, dan
hukuman tersebut dikenakan hanya berdasarkan laporan penyiasatan dari IO semata-mata.
Tambahan pula, Akta ini tidak mengandungi peruntukan yang membolehkan lembaga tersebut
mempersoal laporan penyiasatan atau mengarahkan siasatan lanjut.
Meskipun Akta ini menyentuh tentang isu keganasan, Suruhanjaya menekankan bahawa
ini tidak boleh digunakan sebagai asas untuk melanggar hak asasi manusia. Oleh demikian,
Suruhanjaya menyeru pihak Kerajaan agar memastikan setiap individu dapat mengakses
proses perundangan sewajarnya dengan mengkaji semula Akta ini.
(b)
Akta Hasutan 1948
Akta Hasutan 1948 telah dikenal pasti untuk pemansuhan sepertimana diisytiharkan oleh
Perdana Menteri pada tahun 2012. Walau bagaimanapun, perisytiharan ini telah ditarik balik
dua tahun kemudian, dan sebaliknya Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa Akta
ini akan ‘diperkukuhkan’ bagi menjaga kerharmonian negara. Susulan itu, pada bulan April
2015, pindaan terhadap Akta Hasutan ini telah diluluskan oleh Parlimen.
Suruhanjaya mengambil maklum bahawa pindaan kepada Akta tersebut telah memperkenalkan
aspek-aspek positif dan negatif seperti yang diterangkan di dalam Bab 1(II) Laporan Tahunan
ini. Walaupun demikian, Suruhanjaya sepenuh hati mengulangi pendiriannya bahawa Akta
Hasutan perlu dimansuhkan untuk memberi makna yang sebenar kepada hak kebebasan
bersuara seperti yang dijamin oleh Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Suruhanjaya turut
menggesa pihak Kerajaan untuk menyertai Kovenan Antarabangsa Mengenai Hak Sivil dan
Politik (ICCPR) yang melindungi hak kebebasan bersuara, serta mengambil perhatian akan
Komen Umum No 34 kepada Artikel 19 ICCPR yang jelas menyatakan bahawa sungguhpun
batasan ke atas hak kebebasan bersuara boleh dikenakan, ini mestilah mematuhi tiga syarat
iaitu batasan tersebut mestilah diperuntukkan secara jelas dan terperinci oleh undangundang, batasan tersebut mesti mempunyai tujuan yang sah, dan batasan tersebut adalah
benar-benar perlu.
31
ANR2016-SUHAKAM-BM Version.indb 31
02/04/2016 3:33 AM