Isu-Isu Utama sesuatu pelanggaran hak asasi manusia jika pelanggaran tersebut berlaku atas kegagalan pihak Kerajaan mengambil langkah-langkah untuk mencegah, menyiasat, menghukum dan menangani salahlaku perusaha swasta. Selain memastikan kawalan yang berkesan ke atas operasi perniagaan tempatan, terdapat juga ekspektasi terhadap Kerajaan untuk mengambil kira implikasi hak asasi manusia sebelum membenarkan mana-mana pelaburan asing beroperasi di Malaysia, dan juga sebelum memberi persetujuan ke atas mana-mana perjanjian perdagangan antarabangsa. Prinsip 9 dalam Prinsip-prinsip Panduan PBB Mengenai Perniagaan dan Hak Asasi Manusia menjelaskan bahawa walaupun Kerajaan perlu menyediakan perlindungan terhadap pelabur, ia perlulah diimbangi dengan dasar dan pengawalan yang cukup dan berupaya untuk melindungi hak asasi manusia di dalam rundingan triti pelaburan, perjanjian perdagangan bebas, atau kontrak untuk pelaburan. Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) adalah contoh di mana Kerajaan Malaysia dilihat seperti mengetepikan bukan sahaja keperluan untuk menjalankan penilaian kesan terhadap hak asasi manusia, tetapi juga hak masyarakat untuk mengambil bahagian dalam proses tersebut. Keputusan Kerajaan untuk meneruskan TPPA telah menimbulkan banyak bantahan tetapi tidak diendahkan. Suruhanjaya menekankan tanggungjawab semua ahli masyarakat untuk menghormati hak asasi manusia. Ia adalah penting untuk dipupuk sebagai satu cara hidup, yang disokong dengan undang-undang yang bertujuan untuk menyelesaikan pencabulan hak asasi secara efektif. 10. SEMAKAN UNDANG-UNDANG Pada tahun 2015, hak asasi manusia di Malaysia menghadapi beberapa rintangan susulan pengenalan undang-undang baru dan semakan semula undang-undang sedia ada yang memberi kesan terhadap hak asasi manusia, khususnya hak kepada perbicaraan yang adil dan bebas, dan kebebasan bersuara. Dari awal lagi, Suruhanjaya meluahkan rasa kecewa terhadap pendekatan yang diambil dalam proses penggubalan sebahagian undang-undang tersebut yang kelihatan terburu-buru. Di samping itu, kekurangan rundingan bersama masyarakat awam dalam proses merangka dan/atau meminda undang-undang tersebut telah menafikan hak masyarakat awam untuk mengambil bahagian dalam pentadbiran serta pengendalian hal-ehwal awam. (a) Akta Pencegahan Keganasan 2015 Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA) yang telah digubal untuk menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) telah memperkasakan kembali penahanan tanpa perbicaraan. Akta ini juga tidak memperuntukkan secara nyata bahawa individu-individu yang ditahan di bawah undang-undang ini berhak kepada peguam untuk pembelaan serta berhak dimaklumkan tentang kesalahan yang menjadi punca penahanan. Penyiasatan di 30 ANR2016-SUHAKAM-BM Version.indb 30 02/04/2016 3:33 AM

Select target paragraph3