Isu-Isu Utama
Malaysia, terdapat peningkatan harapan orang awam terhadap golongan swasta, termasuk
perusahaan perniagaan, supaya memastikan bahawa mereka menghormati hak-hak individu
dan masyarakat.
Walau bagaimanapun, nampaknya tidak banyak kemajuan yang ditunjukkan oleh sektor
perniagaan di Malaysia ke arah merealisasi harapan ini. Salah satu faktor utama yang
menyumbang kepada hal ini adalah ketiadaan undang-undang di Malaysia yang secara
khususnya mempertanggungjawabkan perusahaan perniagaan untuk mengelak daripada
melanggar hak asasi manusia. Walaupun operasi perusahan perniagaan masih boleh dikawal
melalui perundangan sedia ada yang lain, seperti undang-undang tanah, buruh, pemerdagangan
manusia, dan alam sekitar, penguatkuasaan undang-undang ini masih lemah.
Selain itu, tahap kesedaran di kalangan sektor perniagaan mengenai tanggungjawab mereka
terhadap hak asasi manusia masih terhad. Ini adalah jelas semasa perbincangan Suruhanjaya
dengan perusaha perniagaan, dimana terdapat kecenderungan untuk mereka menganggap
tanggungjawab sosial korporat (CSR) sebagai sumbangan mereka kepada hak asasi manusia.
Walaupun Suruhanjaya mengalu-alukan inisiatif CSR, harus ditekankan bahawa tidak seperti
CSR yang biasanya menggunakan pendekatan atas-ke-bawah di mana sesebuah syarikat
boleh membuat keputusan untuk memilih isu yang ingin mereka tangani, hak asasi manusia
menekankan bahawa rasa hormat terhadap maruah setiap individu perlu menjadi nadi kepada
operasi setiap perusahaan perniagaan, dan ini termasuk memastikan yang mereka tidak
mencabul hak-hak yang diberikan oleh Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR)
semasa menjalankan aktiviti menjana keuntungan.
Dalam usaha untuk mengukuhkan peranan dan tanggungjawab sektor perniagaan terhadap
hak asasi manusia, pada tahun ini Suruhanjaya telah melancarkan “Rangka Kerja Strategik
bagi Pelan Tindakan Nasional Mengenai Perniagaan dan Hak Asasi Manusia di Malaysia”
sebagai salah satu hasil projek Suruhanjaya sebelum ini yang dimulakan pada tahun 2014
bertajuk “Promoting Business and Human Rights in Malaysia for Business Success and
Inclusive Growth”. Melalui inisiatif ini, Suruhanjaya berharap untuk memperhebatkan wacana
awam mengenai tanggungjawab syarikat swasta terhadap hak asasi manusia dan, melalui
Rangka Kerja Strategik, menyediakan hala tuju dasar untuk mewujudkan pelan tindakan
nasional sendiri bagi Malaysia yang menjadikan perlindungan dan rasa hormat terhadap
hak asasi manusia sebagai teras dalam operasi perniagaan. Melalui projek ini, Suruhanjaya
memperkenalkan pendekatan sederhana untuk mendapatkan penyertaan dan sokongan
perusaha perniagaan dari permulaan proses lagi.
Sesungguhnya, Suruhanjaya percaya bahawa pendekatan lembut tersebut hendaklah
disokong dengan penguatkuasaan undang-undang bagi mengawal tindakan perusahaan
perniagaan. Oleh itu, Suruhanjaya menegaskan bahawa walaupun Kerajaan tidak boleh
dipertanggungjawabkan secara langsung terhadap apa-apa pelanggaran hak asasi manusia
yang dilakukan oleh perusahaan pernigaan, pihak Kerajaan masih bertanggungjawab dalam
29
ANR2016-SUHAKAM-BM Version.indb 29
02/04/2016 3:33 AM