Isu-Isu Utama lain mengenai Jawatankuasa Kabinet tersebut atau sekurang-kurangnya yang diketahui secara umum. Suruhanjaya semenjak Ogos 2015 telah meminta maklumat lanjut mengenai anggota, terma rujukan, dan pelan tindakan Jawatankuasa Kabinet tersebut tetapi masih belum menerima sebarang maklum balas. Adalah menjadi harapan Suruhanjaya agar perbincangan tentang hasil dapatan dan syorsyor Laporan NI dilakukan secara terbuka dan telus, dan disusuli dengan pelaksanaan setiap cadangan secara pantas dan berkesan untuk memelihara hak dan kepentingan Orang Asal/ Asli di Malaysia. 7. PELAN TINDAKAN HAK ASASI MANUSIA NASIONAL (NHRAP) Sejak pengumuman Kabinet pada tahun 2012 bahawa Kerajaan akan membangunkan NHRAP Malaysia yang pertama, Suruhanjaya telah aktif menggesa agar proses ini dipercepatkan. Di samping itu, Suruhanjaya telah membuat cadangan bagi parameter dan kandungan untuk NHRAP tersebut. Walau bagaimanapun, melihat perkembangan setakat ini, Suruhanjaya berpendapat bahawa proses pembangunan NHRAP ini bergerak dengan agak lembab. Pada awalnya, pembangunan NHRAP dijangka bermula pada tahun 2013 dan berakhir pada tahun 2016, diikuti oleh pelaksanaan pada tahun berikutnya. Walau bagaimanapun, hanya pada bulan November 2015, semasa mesyuarat dwi-tahunan Jawatankuasa Pemandu NHRAP, pelantikan perunding luar (Perunding) telah diumumkan. Perunding ini ditugaskan oleh BHEUU untuk membangunkan NHRAP tersebut, dengan draf lengkap perlu dibentangkan kepada BHEUU pada bulan April 2017. Oleh yang demikian tarikh penyiapan dan pelaksanaan NHRAP terpaksa ditangguhkan. Suruhanjaya menyedari bahawa NHRAP merupakan dokumen penting dan pembangunannya perlulah dirancang dengan teliti terutamanya memandangkan lima Teras NHRAP yang telah disenaraikan adalah amat luas. Suruhanjaya sekali lagi mengulangi akan perlunya pelan tersebut beraspirasi tinggi tetapi realistik dengan tempoh masa yang spesifik bagi tujuan mengukur kejayaan dan/atau kegagalan pelaksanaannya. Dengan itu, Suruhanjaya mengesyorkan agar kandungan pelan tersebut memfokuskan kepada syor-syor yang telah pun diterima oleh Malaysia di dalam Penilaian Penggalan Sejagat (UPR) memandangkan banyak cadangan yang diberikan melalui mekanisma tersebut menggunakan kriteria S.M.A.R.T iaitu khusus, boleh diukur, boleh dicapai, relevan dan terikat dengan jangka masa. Suruhanjaya juga mengesyorkan agar pelan tersebut mengutamakan penyertaan Malaysia kepada triti hak asasi manusia antarabangsa, yang boleh dijadikan asas untuk melindungi hak asasi manusia melalui NHRAP. Tambahan pula, secara asasnya kesembilan-sembilan triti teras hak asasi manusia antarabangsa tersebut sudah pun mengandungi objek TerasTeras NHRAP yang sedia ada. 26 ANR2016-SUHAKAM-BM Version.indb 26 02/04/2016 3:33 AM

Select target paragraph3