Isu-Isu Utama Terdapat juga keperluan untuk pihak penjara menangani gangguan mental dan psikologi, bukan sahaja yang dihadapi banduan, tetapi juga di kalangan kakitangan penjara. Pemeriksaan kesihatan mental serta perkhidmatan psikiatri dan psikologi hendaklah sentiasa diberikan kepada mereka. Suruhanjaya telah dimaklumkan oleh beberapa kakitangan penjara bahawa mereka berasa tertekan semasa mereka bekerja di penjara, dan mengalami gangguan tidur, kerisauan, dan hilang selera makan. Hasil dapatan awal di atas menunjukkan perlunya perancangan teliti terhadap bajet dan sumber manusia tahunan, dan perlunya usaha penyelesaian bersama oleh Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Kesihatan Malaysia, dan Jabatan Penjara bagi menyelesaikan masalah kesihatan yang berterusan di penjara. Suruhanjaya menekankan bahawa selain daripada kehilangan hak kebebasan oleh sebab keputusan penghakiman, dan sekatan tertentu yang dikenakan oleh pihak berkuasa penjara bagi mengekalkan ketenteraman dan keselamatan, hak asasi manusia lain seperti hak kepada kesihatan masih dimiliki oleh setiap tahanan. 6. MAKLUM BALAS KEPADA INKUIRI NASIONAL Setelah lebih dua tahun Suruhanjaya melancarkan Laporan Inkuiri Nasional Mengenai Hak Tanah Orang Asal/Asli di Malaysia (NI), pihak Kerajaan telah menubuhkan satu Pasukan Petugas Kebangsaan untuk mengkaji hasil dapatan dan syor-syor yang terkandung di dalam Laporan NI Suruhanjaya. Lanjutan daripada itu, pada 3 Jun tahun ini, Yang Berhormat Senator Datuk Paul Low Seng Kuan mengumumkan pembentukan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Hak Tanah Orang Asal/Asli yang akan bertanggungjawab untuk menangani, memantau dan melaksana penemuan laporan Pasukan Petugas Kebangsaan tersebut. Walaupun Suruhanjaya mengalu-alukan pembentukan Jawatankuasa dan Pasukan Petugas di atas, Suruhanjaya bimbang memandangkan penemuan dan laporan Pasukan Petugas Kebangsaan tersebut tidak didedahkan kepada masyarakat awam. Percubaan Suruhanjaya menggesa Kerajaan untuk mendedahkan laporan tersebut masih tidak membuahkan hasil sehingga kini. Suruhanjaya mengulangi adanya hak masyarakat kepada maklumat dan untuk mengambil bahagian dalam pentadbiran kerajaan, termasuk dalam perkembangan dasar dan keputusan, terutamanya yang mempunyai kesan langsung terhadap mereka. Dalam konteks ini, penglibatan masyarakat Orang Asli dan Orang Asal dalam proses kerja Pasukan Petugas Kebangsaan di atas perlu dipastikan, atau sekurang-kurangnya maklumat daripada perbincangan dan keputusan Pasukan Petugas perlu dimaklumkan kepada masyarakat awam bagi membolehkan mereka memberi maklum balas. Setakat ini, ramai wakil Orang Asli dan Orang Asal telah menyatakan kepada Suruhanjaya tentang kebimbangan dan kekecewaan mereka terhadap kurangnya ketelusan dalam cara Pasukan Petugas berfungsi. Bagi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Hak Tanah Orang Asal/Asli yang ketika ini diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri, selain daripada pembentukannya, tidak ada maklumat 25 ANR2016-SUHAKAM-BM Version.indb 25 02/04/2016 3:33 AM

Select target paragraph3