Isu-Isu Utama Sebagai anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan Majlis Hak Asasi Manusia, Suruhanjaya menggesa Kerajaan Malaysia untuk memberi pertimbangan serius ke arah menerima pakai Konvensyen PBB Mengenai Status Orang-Orang Pelarian 1951. Ini akan membina asas yang lebih kukuh buat Kerajaan Malaysia untuk berurusan dengan UNHCR bagi menangani isu-isu pelarian secara sistematik berbanding pendekatan ad hoc yang sedia ada. Bagi mencapai matlamat ini, Suruhanjaya berharap agar individu yang memerlukan perlindungan sebenar, seperti pelarian, akan disaring dan diberikan perlindungan yang sewajarnya. 4. KEMATIAN DI DALAM TAHANAN POLIS Suruhanjaya merakamkan penghargaan di atas kerjasama yang diberikan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) di dalam kajian tematik Suruhanjaya mengenai “Kematian di dalam Tahanan Polis” yang bermula pada tahun 2014. Pada masa ini, Suruhanjaya dalam peringkat akhir menyiapkan projek ini, yang akan berkemuncak dengan penerbitan laporan kajian tematik tersebut. Melalui kajian ini, Suruhanjaya telah dapat mengenal pasti bidang-bidang utama yang memerlukan bukan sahaja perhatian yang serius daripada pihak polis, malah lebih penting lagi, penyiasatan punca-punca masalah oleh pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta kementerian berkaitan lain seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Suruhanjaya amat bimbang apabila mendapati bahawa antara tahun 2000 dan Februari 2014, sebanyak 242 kematian tahanan semasa di bawah penjagaan pihak polis telah direkodkan. 85.12 peratus daripada kematian ini disebabkan kesihatan, manakala membunuh diri telah dikenal pasti sebagai punca kedua tertinggi iaitu sebanyak 12.39 peratus. Selaras dengan Peraturan Lokap 1953, Suruhanjaya menekankan kepentingan pemeriksaan kesihatan fizikal dan mental ke atas tahanan sebelum mereka ditempatkan di lokap. KDN dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlu membantu pihak polis dengan memastikan terdapat bilangan pegawai perubatan yang mencukupi bagi tujuan tersebut. Ini adalah penting bagi membolehkan pihak polis untuk mengenal pasti langkah-langkah khas yang diperlukan bukan sahaja untuk memastikan keselamatan orang tahanan, tetapi juga bagi membolehkan anggota polis bersiap sedia dan melindungi diri dari penyebaran penyakit berjangkit serta kemungkinan serangan tahanan yang agresif terutamanya mereka yang mempunyai masalah kesihatan mental. <http://www.phnompenhpost.com/analysis-and-op-ed/dear-world-dont-expect-so-much-asean-refugee-crisis>; Brian McArtan, ‘ASEAN rights and wrongs’, Asia Times Online (Southeast Asia, 28 February 2009) <http://www. atimes.com/atimes/Southeast_Asia/KB28Ae03.html>; Mathew Davis, ‘The Rohingya and regional failure’, (New Mandala, 16 May 2015) <http://asiapacific.anu.edu.au/newmandala/2015/05/16/the-rohingya-and-regional-failure/> 23 ANR2016-SUHAKAM-BM Version.indb 23 02/04/2016 3:33 AM

Select target paragraph3