Isu-Isu Utama pedagang manusia. Meski pun berlakunya keadaan di atas, dan ditambah pula dengan hakikat bahawa sejumlah 153,850 orang pelarian dan pemohon suaka telah berdaftar dengan Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) di Malaysia sehingga September 2015, Malaysia masih belum menunjukkan sebarang kemajuan ke arah menerima pakai Konvensyen PBB Mengenai Status Orang-Orang Pelarian 1951. Oleh kerana itu, semua bantuan yang telah dihulurkan oleh Malaysia setakat ini hanyalah atas dasar kemanusiaan. Maka, selain individu yang dibenarkan oleh Kerajaan, status pelarian dan pemohon suaka yang lain di Malaysia masih kekal dalam ketidaktentuan yang meningkatkan risiko mereka untuk dieksploitasi. Ramai di antara mereka tidak dapat mencari pekerjaan, mengakses perkhidmatan kesihatan, dan menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Sungguhpun demikian, walalupun Malaysia bukan Negara Ahli kepada Konvensyen PBB Mengenai Pelarian 1951, Malaysia masih mempunyai tanggungjawab terhadap sebahagian populasi pelarian di Malaysia. Tanggungjawab tersebut terbit dari Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC), Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) dan Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya (CRPD), yang terpakai kepada setiap orang tanpa mengira status kewarganegaraan. Tambahan pula, masyarakat antarabangsa menerima bahawa CRC menuntut agar kanak-kanak pelarian mestilah, pertama sekali, dilihat sebagai kumpulan yang memerlukan perlindungan, dan CRC telah meletakkan tanggungjawab ke atas pihak Kerajaan untuk meletakkan kepentingan terbaik kanak-kanak sebagai pertimbangan utama dalam semua tindakan. Walaupun terdapat konsensus sedemikian, Suruhanjaya bimbang melihat ramai kanak-kanak pelarian, termasuk yang tidak ditemani oleh orang dewasa, telah ditempatkan di pusat-pusat tahanan imigresen dan bukan di pusat-pusat perlindungan yang bersesuaian. Di samping peranan Kerajaan Malaysia dalam konteks domestik, Suruhanjaya menyedari akan kepentingan usaha bersepadu di antara negara sumber, negara transit, dan negara destinasi untuk menyelesaikan masalah ini dengan berkesan. Pada tahun ini, Malaysia telah menjadi Pengerusi ASEAN. Ini sepatutnya memberikan kedudukan yang baik buat Malaysia untuk mendorong suatu pendekatan serantau bagi menangani isu pelarian yang melibatkan negaranegara anggota ASEAN. Sungguhpun masalah ini semakin meruncing di rantau ini, isu krisis pelarian tidak pun dimasukkan ke dalam agenda sidang kemuncak ASEAN. Ini disifatkan oleh masyarakat antarabangsa sebagai akibat kekurangan komitmen rasmi terhadap hak asasi manusia di rantau ini, serta polisi tradisi negara-negara ASEAN untuk tidak campur tangan di dalam dasar-dasar domestik negara anggota ASEAN yang lain.1 1 James Bowen, ‘Refugee Crisis Tests Limits of Southeast Asian Cooperation’ (IPI Global Observatory, 15 May 2015) <https://theglobalobservatory.org/2015/05/asean-rohingya-refugees-myanmar/>; John Arendshorst, ‘The Dilemma of Non-Interference: Myanmar, Human Rights, and the ASEAN Charter’ [2009], 8 Nw. J. Int’l Hum. Rts. 102; The Editor, ‘Dear world: Don’t expect so much from ASEAN on the refugee crisis’, The Phnom Pen Post (21 May 2015) 22 ANR2016-SUHAKAM-BM Version.indb 22 02/04/2016 3:33 AM

Select target paragraph3