Isu-Isu Utama
pemahaman mereka mengenai hak kanak-kanak kepada pendidikan. Tambahan pula, ramai
pelajar dilihat lebih aktif dalam mempamerkan pengetahuan mereka mengenai hak asasi
manusia; misalnya penglibatan pelajar dalam menghasilkan komik dan risalah berkaitan hak
asasi manusia. Suruhanjaya merancang untuk mengedarkan komik dan risalah tersebut ke
sekolah-sekolah lain yang terlibat dalam program ATHAM.
Walau bagaimanapun, Suruhanjaya mengambil maklum bahawa terdapat segelintir sekolah
yang menghadapi cabaran dalam memastikan pelaksanaan yang berkesan bagi program ini.
Sebagai contoh, sekolah yang terlibat tidak mempunyai bahan bacaan dan lain-lain sumber
berkaitan hak asasi manusia yang mencukupi. Walaupun Suruhanjaya telah membekalkan
bahan-bahan hak asasi manusia, pihak sekolah harus terus digalakkan untuk mengambil kira,
semasa proses perolehan, pembelian bahan-bahan yang boleh meningkatkan pengetahuan
hak asasi manusia di kalangan guru-guru dan pelajar. Sesuai dengan ini, Kerajaan perlulah
memastikan peruntukan kewangan kepada sekolah-sekolah di Malaysia adalah mencukupi
bagi membolehkan mereka mendapatkan bahan-bahan tersebut.
Selain daripada sumber bahan yang tidak mencukupi, pemerhatian Suruhanjaya juga mendapati
pentadbir di beberapa sekolah yang terlibat masih belum faham sepenuhnya objektif jangka
panjang program ini, iaitu untuk menerapkan prinsip-prinsip hak asasi manusia ke dalam
semua mata pelajaran yang sedia ada serta memperkenalkan secara formal mata pelajaran
hak asasi manusia yang khusus di dalam sukatan mata pelajaran sekolah.
Memandang ke hadapan, Suruhanjaya berharap agar kerjasama berterusan yang terjalin
dengan pihak KPM dan sekolah-sekolah boleh meningkatkan usaha ke arah mewujudkan
pendidikan hak asasi manusia sebagai mata pelajaran rasmi yang bukan sahaja diajar, tetapi
juga diamalkan di kalangan guru-guru dan pelajar sekolah.
3.
PELARIAN DAN PEMOHON SUAKA
Pada tahun ini, Suruhanjaya mendapati beberapa langkah positif telah diambil oleh Kerajaan
Malaysia untuk menangani populasi pelarian dan pemohon suaka dalam negara. Tahun ini
juga, Kerajaan telah mengumumkan cadangannya kepada Parlimen untuk membenarkan
pelarian Rohingya mencari pekerjaan melalui projek perintis yang akan memberi tumpuan
kepada sektor pasaran tertentu. Kerajaan juga telah mula menerima 3,000 orang pelarian
Syria dan, bersama-sama dengan Indonesia, telah membenarkan kemasukan 7,000 orang
bot yang hanyut di laut, yang mana sebahagian dari mereka adalah pemohon suaka.
Walau bagaimanapun, isu-isu yang melibatkan pelarian dan pemohon suaka di Malaysia
masih belum selesai. Awal tahun ini, Malaysia telah menjadi perhatian antarabangsa
dengan penemuan ‘kem kematian’ di Wang Kelian, Perlis. Penemuan ini menunjukkan
risiko yang dihadapi pelarian, yang telah membawa kepada banyak kehilangan nyawa. Lebih
membimbangkan adalah dakwaan pembabitan sebahagian pegawai penguatkuasa dengan
21
ANR2016-SUHAKAM-BM Version.indb 21
02/04/2016 3:33 AM