Ringkasan Eksekutif agensi kerajaan untuk mendapatkan maklum balas dan komen berkenaan dengan Laporan Tahunan Suruhanjaya 2014. Pejabat Sarawak memudahkan kunjungan hormat oleh Suruhanjaya kepada Ketua Menteri Sarawak dan Residen Serian masing-masing. LAPORAN KUMPULAN KHIDMAT KORPORAT Kumpulan Khidmat Korporat memainkan peranan utama Suruhanjaya dalam menyokong program-program dan aktiviti-aktiviti Suruhanjaya melalui fungsi yang disenaraikan di bawah: • Mengurus dan menyelia pentadbiran am yang merangkumi kemudahan, ameniti, logistik, aset dan keselamatan • Menguruskan kewangan dan bajet • Menguruskan sumber manusia termasuk kebajikan kakitangan, pengambilan pekerja, latihan dan pembangunan, penilaian prestasi dan pembinaan kapasiti • Menyediakan perkhidmatan perpustakaan untuk tujuan pembelajaran dan penyelidikan • Menyediakan perkhidmatan teknologi maklumat dan sistem sokongan termasuk infrastruktur rangkaian, perisian ICT dan peranti serta sistem aplikasi dalaman. • Menguruskan proses percetakan bagi penerbitan laporan, bahan promosi dan artikel untuk Suruhanjaya. Kumpulan ini terdiri daripada 6 Unit - Pentadbiran, Kewangan, Sumber Manusia, Pengurusan Maklumat, Perpustakaan dan Penerbitan yang diketuai oleh seorang Timbalan Setiausaha. Setiap Unit mempunyai fungsi khusus dan tanggungjawab yang tersendiri mengikut bahagian yang diuruskan. Pada tahun ini, kumpulan ini memainkan peranan sebagai sekretariat dalam pembangunan Perancangan Tahunan Suruhanjaya bagi tahun 2016 yang menggariskan aktiviti dan belanjawan yang akan dilaksanakan pada tahun 2016. Program dan aktiviti-aktiviti yang terkandung dalam Pelan Kerja ini telah dikenal pasti hasil daripada Retreat bagi Plan Tindakan Strategik SUHAKAM yang telah diadakan pada 17-19 Oktober, melibatkan Pesuruhjaya, Setiausaha dan juga pegawai kanan Suruhanjaya. Sejajar dengan aktiviti yang telah diusulkan bagi tahun 2016, Suruhanjaya juga merujuk kepada Lima tahun Plan Strategik 2012-2016 dengan Wawasan “Satu Masyarakat dimana hak asasi manusia dihormati, dilindungi dan dinikmati secara sepenuh dan saksama oleh semua” Unit IT telah bekerjasama dengan Bahagian Pemantauan dan Aduan dalam membangunkan sistem e-aduan yang telah dilancarkan oleh Suruhanjaya pada 1 April tahun ini. Sistem 17 ANR2016-SUHAKAM-BM Version.indb 17 02/04/2016 3:33 AM

Select target paragraph3