Ringkasan Eksekutif alat promosi, aktiviti kesedaran, program latihan dan pertukaran dan penyelidikan bersama mengenai hak asasi manusia. Sepanjang tahun ini, Suruhanjaya terus mengadakan sesi dialog dengan Kementerian dan agensi-agensi mengenai Maklum Balas Kerajaan Terhadap Laporan Tahunan Suruhanjaya 2014, menganjurkan program seperti “SUHAKAM Bersama Masyarakat” di beberapa negeri dan melibatkan dengan pertubuhan agama Islam dalam projek yang berkaitan dengan akses untuk orang kurang upaya di masjid-masjid. Suruhanjaya juga telah menerima beberapa lawatan oleh delegasi tempatan dan luar negara dan telah memanggil beberapa orang kenamaan dan institusi untuk membincangkan mengenai pelbagai isu untuk memajukan perjuangan hak asasi manusia di negara ini. Bahagian Media yang berfungsi sebagai pusat Suruhanjaya untuk semua komunikasi media telah mengeluarkan 48 kenyataan media mengenai isu-isu hak asasi manusia yang berkaitan dengan ekonomi, sosial dan budaya dan hak sivil dan politik. Pada tahun ini, dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran dan untuk menyedarkan semua pihak yang berkepentingan, Bahagian ini telah menganjurkan dan mengadakan sidang media dan memudahkan wawancara secara bersemuka bagi pihak Suruhanjaya. Suruhanjaya juga aktif menggunakan Facebook dan Twitter sebagai laluan dalam mempromosikan agenda hak asasi manusia di Malaysia kepada pengguna berita media sosial. Bagi memenuhi mandat Suruhanjaya, Bahagian Latihan menyediakan pendidikan hak asasi manusia melalui mengembangkan program Amalan Terbaik Hak Asasi Manusia di Sekolah (ATHAM) kepada 152 sekolah menjelang akhir tahun. Suruhanjaya dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bercadang untuk melaksanakan program ATHAM di 24 buah sekolah di Sabah dan 31 buah sekolah Sarawak menjelang 2016. Sebagai persediaan untuk pelaksanaan program ATHAM, dua seminar untuk pengetua sekolah telah dijalankan manakala dua lagi masih dirancang untuk penyelaras sekolah di Sabah dan Sarawak tidak lama lagi. Bengkel Pendidikan Hak Asasi Manusia juga telah dijalankan untuk guru-guru agama dari Sekolah Agama Rakyat. Daripada 35 buah sekolah yang telah dilawat, didapati bahawa kebanyakan sekolah telah melaksanakan program itu walaupun ada yang salah faham tentang tujuan program ini manakala beberapa orang guru tidak terlatih telah ditugaskan untuk menjalankan program di sekolah-sekolah mereka. Suruhanjaya telah mengambil maklum bahawa kekurangan bahan bacaan adalah antara beberapa kekangan yang dihadapi oleh sekolah-sekolah dalam menjalankan program ini. Untuk menagani masalah ini, Suruhanjaya telah menghasilkan dua buku kecil yang mesra kanak-kanak mengenai CRC telah diedarkan kepada sekolah-sekolah. Daripada aduan yang diterima oleh Suruhanjaya semasa lawatan ke sekolah Orang Asli, tempoh pembayaran wang daripada Kumpulan Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) kepada kanak-kanak sekolah masih belum diselesaikan walaupun telah hampir satu dekad kerana 15 ANR2016-SUHAKAM-BM Version.indb 15 02/04/2016 3:33 AM

Select target paragraph3