Ringkasan Eksekutif
Pada tahun 2015, Suruhanjaya telah memantau enam perhimpunan awam. Semenjak Akta
Perhimpunan Aman dikuatkuasakan, Suruhanjaya menyatakan bahawa pihak berkuasa telah
menunjukkan peningkatan dalam kawalan dan pengurusan terhadap perhimpunan.
Pada tahun ini, Bahagian ini telah menjalankan 34 lawatan berkala dan siasatan ke tempat
tahanan untuk memantau keadaan dan layanan terhadap tahanan serta keadaan tempat kerja,
kesihatan dan keselamatan kakitangan penguatkuasaan. Buat pertama kalinya, Suruhanjaya
telah menjalankan lawatan tanpa dimaklumkan ke Pusat Tahanan Imigresen Machap Umboo
bersama dengan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan. Pihak berkuasa yang lain
enggan untuk membenarkan Suruhanjaya untuk melawat tanpa notis terlebih dahulu atas
dasar kebimbangan keselamatan.
Suruhanjaya bersama-sama dengan beberapa agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan
(NGO) telah membentuk satu kumpulan kerja untuk mengkaji pelaksanaan Alternatif kepada
Penahanan untuk kanak-kanak di Tahanan Imigresen. Satu kertas cadangan yang disediakan
oleh Suruhanjaya mengenai pelaksanaan itu pada dasarnya telah dipersetujui oleh agensiagensi kerajaan. Pandangan dari Jabatan Peguam Negara telah diberi tetapi masih belum
menerima apa-apa input dari segi undang-undang.
LAPORAN KUMPULAN KOMUNIKASI
Bahagian Koordinasi Antarabangsa telah ditugaskan untuk mengurus dan memudahkan
penyertaan Suruhanjaya dalam forum-forum yang berkaitan dan mewujudkan hubungan
di peringkat serantau dan antarabangsa dalam memajukan promosi dan perlindungan hak
asasi manusia di negara ini. Pada tahun ini, Suruhanjaya mengambil alih jawatan pengerusi
Forum Komanwel Institusi Hak Asasi Manusia (CFNHRI) dan Forum Institusi-institusi Hak
Asasi Manusia Nasional Asia Tenggara (SEANF). Suruhanjaya adalah ahli yang aktif dalam
Forum Asia Pasifik Institusi Hak Asasi Manusia Nasional (APF) telah mengambil bahagian
dalam beberapa program pembangunan modal insan yang dianjurkan oleh APF tahun
ini. Ia juga telah mengukuhkan kerjasama dengan AICHR melalui wakil Malaysia dengan
bersetuju untuk menjadi tuan rumah bagi dua program iaitu Simposium Badan Kehakiman,
Kedaulatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia dan Bengkel Peranan Belia dalam
Mempromosikan Hak Asasi Manusia. Oleh disebabkan keadaan jerebu, program tersebut
ditangguhkan mankala yang kedua telah dianjurkan bersama dengan beberapa rakan-rakan
lain dan dihadiri oleh 80 belia dari negara-negara ASEAN.
Suruhanjaya yang diakreditasi sebagai NHRI yang berstatus “A” telah disyorkan oleh ICC-SCA
akan dikekalkan di mana Biro ICC perlu mengesahkan dalam mesyuarat yang dijaduakan
pada Mac 2016. Dalam cadangannya, ICC-SCA telah menimbulkan kebimbangan mengenai
pemilihan, pelantikan dan jaminan tempoh Pesuruhjaya, dana yang mencukupi, kerjasama
dengan badan-badan hak asasi manusia, membentangkan dan membahaskan laporan
tahunan Suruhanjaya dan laporan khas di Parlimen.
13
ANR2016-SUHAKAM-BM Version.indb 13
02/04/2016 3:33 AM