Ringkasan Eksekutif
semula undang-undang pencegahan seperti Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA),
Akta Majlis Keselamatan Negara 2015 (MSN) dan cadangan pindaan terhadap Akta KanakKanak 2011 di mana isu-isu yang berkaitan dengan keselamatan awam dan perlindungan hak
asasi manusia tersebut menjadi kebimbangan. Walaupun Suruhanjaya menyedari bahawa
kebebasan bersuara masih ditetapkan oleh undang-undang, Suruhanjaya masih mengekalkan
gesaan kepada Kerajaan untuk memansuhkan Akta Hasutan kerana apa-apa sekatan mesti
seimbang, berkadaran dan adil dan perlu mesti mematuhi norma-norma antarabangsa yang
berkaitan dengan kebebasan bersuara.
Bahagian Aduan dan Pemantauan melaksanakan tanggungjawabnya dalam menyiasat
aduan dan isu-isu yang melibatkan pelanggaran hak asasi manusia, melawat tempat tahanan
dan memantau perhimpunan awam, juga meneruskan kajian tematik terhadap hak kepada
kesihatan di penjara dan kematian dalam tahanan polis. Kajian yang bermula pada tahun
2014, tertumpu kepada analisis data hasil daripada tinjauan dan lawatan yang dijalankan
di penjara dan lokap polis. Laporan tematik tersebut dijangka akan dilancarkan pada tahun
2016 yang akan menerangkan dengan lebih lengkap terhadap hasil dapatan dan syor-syor
dalam kajian tersebut.
Mulai 1 April tahun ini, sistem e-aduan telah dibuka kepada kepada orang awam melalui
laman web Suruhanjaya. Ini adalah satu saluran tambahan untuk orang awam membuat
aduan kepada Suruhanjaya mengenai pencabulan hak asasi manusia selain dari panggilan
telefon, datang ke pejabat, mel elektronik atau konvensional.
Untuk tahun ini, sejumlah 676 aduan termasuk 20 memorandum telah diserahkan kepada
Suruhanjaya termasuk di pejabat Sabah dan Sarawak. Sebanyak 343 aduan tidak terletak
dalam mandat Suruhanjaya kerana aduan tersebut sama ada mengenai perkara-perkara yang
belum selesai di mahkamah, isu-isu pentadbiran atau perkara-perkara di bawah bidang kuasa
badan-badan profesional. Daripada baki 333 aduan, 20 aduan sedang dalam pelarian di mana
aduan tertumpu kepada isu-isu yang berkaitan dengan kesihatan, pendidikan, pekerjaan,
keterdedahan untuk ditangkap dan ditahan dan kelewatan dalam isu-isu pendaftaran
dan penempatan semula. Suruhanjaya juga telah menyiapkan siasatan terhadap 197 kes
manakala 136 masih belum selesai kerana masih tidak lengkap atau kekurangan maklumat
yang diberikan oleh pengadu, kelewatan maklum balas daripada pihak-pihak berkaitan dan
keperluan untuk pemantauan berterusan dalam mengkaji aduan tersebut.
Suruhanjaya juga menyiasat aduan yang diterima dan juga telah menganjurkan Perbincangan
Meja Bulat untuk mendapatkan maklum balas dan input daripada pelbagai pihak yang terlibat
seperti dakwaan hak pekerja untuk menjadi ahli kesatuan pekerja, tindakan tatatertib yang
diambil terhadap guru-guru kerana fahaman politik, penipuan undian dalam pilihan raya
kampus dan sekatan ke atas aktivis pelajar. Suatu mesyuarat telah diadakan bagi berbincang
dengan pihak berkuasa yang berkaitan untuk mendapatkan maklum balas dan komen mereka
sebagai tindakan susulan kepada aduan yang diterima.
12
ANR2016-SUHAKAM-BM Version.indb 12
02/04/2016 3:33 AM