Ringkasan Eksekutif
geran daripada Pejabat Komanwel dan Luar Negeri, United Kingdom (FCO). Menteri di Jabatan
Perdana Menteri, YB Senator Datuk Paul Low telah merasmikan pelancaran Rangka Kerja
Strategik pada Mac 2015. Selepas itu, satu siri program telah dijalankan oleh Suruhanjaya
dalam menggerakkan agenda ini ke hadapan.
Suruhanjaya juga akan mengadakan Perbincangan Meja Bulat mengenai “Perjanjian
Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dan Kesannya kepada Hak Asasi Manusia di Malaysia”
selepas memorandum yang diterima daripada beberapa orang ahli Parlimen. Daripada
30 bab dalam TPPA, Perbincangan Meja Bulat menumpukan mengenai hak harta intelek,
pekerja dan penyelesaian pertikaian terhadap beberapa perkara yang mungkin mempunyai
kesan ke atas hak asasi manusia. Ini adalah sebagai tambahan kepada kerja-kerja advokasi
yang berterusan oleh Bahagian ini yang berkaitan dengan Pelan Tindakan Nasional Hak
Asasi Manusia, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai hak asasi manusia; tindakan
susulan ke atas laporan Inkuiri Nasional mengenai hak tanah Orang Asal/Asli di Malaysia
dan penyelidikan mengenai isu-isu transgender.
Bahagian Pembaharuan Perundangan dan Triti memantau pelaksanaan Triti Antarabangsa
dalam negara di bawah Konvensyen mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi
Terhadap Wanita (CEDAW), Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) dan Konvensyen
Mengenai Hak Orang Kurang Upaya (CRPD).
Suruhanjaya mengulangi gesaan kepada Kerajaan untuk mempercepatkan penyerahan
Laporan Kerajaan kepada badan-badan Triti yang berkaitan dan penarikan balik reservasi yang
selebihnya kepada tiga Triti yang telah dibaiki. Sementara itu, Suruhanjaya sentiasa konsisten
menggesa Kerajaan menyetujui enam lagi baki instrumen hak asasi manusia antarabangsa
yang mana tiada ada sebarang perkembangan terbaharu. Untuk mempergiatkan lagi usaha
tersebut, beberapa Perbincangan Meja Bulat mengenai ICESCR dan CAT telah dianjurkan
oleh Suruhanjaya pada tahun ini.
Walaupun maklum balas oleh Kerajaan mengenai cadangan terhadap pindaan Akta Suruhanjaya
Hak Asasi Manusia Malaysia (HRCMA) tidak memihak, Suruhanjaya masih meneruskan
tuntutan tersebut terhadap pindaan yang dicadangkan bagi menjamin kebebasan Suruhanjaya
dan akauntabiliti secara langsung dalam mematuhi Prinsip-Prinsip Paris.
Selain itu, Suruhanjaya telah bertindak sebagai peguam pemerhati dalam 17 kes untuk
dikemukakan kepada mahkamah yang berkaitan dengan tanggungjawab Kerajaan di bawah
CEDAW, CRC dan CRPD yang mana Malaysia merupakan suatu pihak. Suruhanjaya berharap
untuk bertindak sebagai peguam pemerhati dalam Mahkamah Syariah pada tahun hadapan
dan kini masing dalam perbincangan dengan badan-badan profesional dan pihak berkuasa
kehakiman yang berkaitan.
Walaupun dalam Akta memberi kuasa berkanun kepada Suruhanjaya untuk menasihati dan
membantu Kerajaan dalam merangka undang-undang, Suruhanjaya tidak dirujuk dalam kajian
11
ANR2016-SUHAKAM-BM Version.indb 11
02/04/2016 3:33 AM