Perutusan Pengerusi
Dalam pada Suruhanjaya meraikan ulangtahunnya yang ke-15 pada 9 September, ia mengimbas
kembali halangan yang dihadapi dan kejayaan yang dicapai sepanjang tempoh 15 tahun
tersebut. Memang tidak dapat dinafikan bahawa Suruhanjaya telah menerima kritikan
daripada pelbagai pihak berkepentingan di dalam negara disebabkan persepsi dan harapan
mereka yang berbeza terhadap Suruhanjaya. Ada di antara mereka masih berpandangan
bahawa Suruhanjaya tidak mencapai harapan mereka manakala terdapat juga orang dalam
Kerajaan yang masih melihat Suruhanjaya sebagai ‘Pro-NGO’ oleh sebab banyak kenyataan
Suruhanjaya bersifat kritikal terhadap pihak berkuasa. Dalam hal ini, Suruhanjaya ingin
mengulangi pendiriannya bahawa sebagai NHRI, ia telah secara konsisten mengambil
kedudukan yang bebas dan tidak berpihak terhadap isu-isu, dan walaupun kenyataannya
kadang kala bersifat kritikal terhadap dasar dan tindakan Kerajaan yang tidak selari dengan
prinsip dan norma hak asasi manusia antarabangsa, kenyataan tersebut adalah bersifat
konstruktif dan didorong oleh keperluan untuk menggalakkan negara untuk terus maju ke
arah menjadi sebuah negara yang memiliki piawaian dan prestasi hak asasi manusia yang
harus dicontohi. Biar apa pun halangan, Suruhanjaya telah menjadi bertambah baik dalam
memenuhi mandatnya untuk mempromosi dan melindungi hak asasi manusia melalui
pelbagai aktiviti dan program, termasuk: pengendalian aduan, pengendalian inkuiri nasional
dan inkuri awam, pemantauan situasi hak asasi manusia, pelaksanaan penyelidikan dan
kajian, dan pengendalian forum umum berkenaan isu-isu hak asasi manusia tematik yang
melibatkan pelbagai pihak berkepentingan termasuk agensi Kerajaan, serta semakan semula
undang-undang dan dasar-dasar yang membawa impak hak asasi manusia kepada rakyat.
Dalam usaha kami mencapai kejayaan yang penting ini, saya perlu mengakui hakikat bahawa
banyak kerja penting Suruhanjaya merupakan hasil usaha yang besar dan konsisten daripada
Ahli dan kakitangan Suruhanjaya yang berkhidmat ketika ini dan juga sebelum ini, sejak 15
tahun yang lalu.
Telah menjadi salah satu keistimewaan terbesar dalam hidup saya kerana dapat berkhidmat
untuk Suruhanjaya selama dua penggal berturut-turut. Ia juga merupakan satu penghormatan
bagi saya kerana dapat bertemu dan bekerja dengan orang baik-baik yang semuanya kekal
komited terhadap promosi dan perlindungan hak asasi manusia, di dalam negara dan di
peringkat antarabangsa.
Saya juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua rakan Pesuruhjaya saya,
terutamanya Naib Pengerusi Datuk Dr Khaw Lake Tee, atas sokongan dan bantuan beliau,
Setiausaha, dan kakitangan SURUHANJAYA yang telah bekerja bersungguh-sungguh dan
secara profesional dalam membantu Suruhanjaya melaksanakan tugasnya sebagai sebuah
NHRI. Semua kerja ini tidak akan dapat dilaksanakan dengan jayanya tanpa komitmen dan
dedikasi mereka ini yang sungguh membanggakan saya.
Saya juga amat berterima kasih kepada Naib Pengerusi Datuk Dr Khaw Lake Tee dan Pesuruhjaya
Prof Dato’ Dr Aishah Bidin, atas usaha bersama mereka dalam memanduJawatankuasa
8
ANR2016-SUHAKAM-BM Version.indb 8
02/04/2016 3:33 AM