Perutusan Pengerusi Hak Asasi Manusia (ICC-SCA) di bawah proses pentauliahan semula yang bertujuan untuk menilai pematuhan NHRI dengan Prinsip Paris 1993, satu set piawaian minima yang telah diterima pakai oleh Perhimpunan Agung PBB bagi menggalakkan kebebasan dan keberkesanan NHRI dalam mempromosi dan melindungi hak asasi manusia. Pada 25 November, Suruhanjaya telah menerima maklum balas yang positif daripada ICCSCA berkenaan pengesyorannya agar status ‘A’ Suruhanjaya dikekalkan. Walaupun syor tersebut merupakan satu berita baik bagi Suruhanjaya, ia juga mengambil maklum tentang beberapa perkara yang telah dibangkitkan oleh ICC-SCA mengenai pemilihan, pelantikan, dan perjawatan Pesuruhjaya; kerjasama Suruhanjaya dengan badan hak asasi manusia yang lain; pembentangan dan perbahasan Laporan Tahunan Suruhanjaya dan Laporan Khas Parlimen; serta dana Suruhanjaya. Perlu ditekankan di sini bahawa pentauliahan semula tiba pada masa yang amat mencabar apabila bajet tahunan Suruhanjaya bagi tahun 2016 telah dikurangkan sebanyak hampir 50 peratus oleh pihak Kerajaan. Pengurangan bajet yang drastik ini akan menjejaskan kebolehfungsian Suruhanjaya secara keseluruhan memandangkan permintaan untuk sumbernya telah meningkat secara berterusan beberapa tahun kebelakangan ini. Oleh itu, melainkan ianya diperuntukkan dengan dana yang mencukupi, Suruhanjaya mungkin tidak mampu untuk melaksanakan fungsi utamanya dengan berkesan sebagaimana yang dikehendaki oleh Aktanya, yang mana akan menjejaskan imej dan reputasi Suruhanjaya sebagai sebuah NHRI, serta imej Malaysia sebagai sebuah Negara Anggota PBB yang aktif. Menurut Prinsip Paris, salah satu faktor utama yang menentukan keberkesanan NHRI adalah peruntukan dana yang mencukupi daripada Kerajaan. Seksyen 19(1) Akta 597 juga menghendaki Kerajaan untuk menyediakan dana yang mencukupi kepada Suruhanjaya secara tahunan bagi membolehkan Suruhanjaya melaksanakan fungsinya. Sehubungan ini, Suruhanjaya menyeru Kerajaan untuk mempertimbangkan semula keputusannya berkenaan bajet 2016 Suruhanjaya bagi menjamin keupayaan Suruhanjaya dalam melaksanakan tanggungjawabnya secara berkesan sebagai sebuah NHRI. Walaupun berdepan dengan rintangan, Suruhanjaya tetap meluahkan pandangan dan pendiriannya dalam isu hak asasi manusia yang penting, selaras dengan Seksyen 4(2) Akta penubuhannya. Sepanjang 12 bulan yang lalu, Suruhanjaya telah mengeluarkan 48 pernyataan media mengenai pelbagai isu hak asasi manusia, antaranya hak golongan rentan, termasuk wanita, kanak-kanak, warga emas dan Orang Asli, kebebasan bersuara dan kebebasan berhimpun secara aman, pemerdagangan orang, pelarian, hak kepada kesihatan, hak kepada nyawa, cegah keganasan serta pembaharuan undang-undang. Suruhanjaya juga meneruskan usaha meningkatkan kesedaran masyarakat umum tentang isu-isu hak asasi manusia menerusi laman media sosialnya iaitu Facebook dan Twitter, dan berasa gembira dengan capaian laman media sosialnya yang semakin meningkat di kalangan pelbagai pihak berkepentingan di Malaysia. 7 ANR2016-SUHAKAM-BM Version.indb 7 02/04/2016 3:33 AM

Select target paragraph3