Perutusan Pengerusi Kerajaan untuk memastikan penyerahan Laporan Negara kepada badan pakar ini menepati masa kerana ianya mencerminkan keseriusan Malaysia dalam memenuhi tanggungjawab tritinya sebagai Negara Anggota PBB. Pada tahun ini, Suruhanjaya memerhatikan wujudnya cabaran yang besar dalam pengamalan kebebasan sivil di dalam negara berikutan penggubalan dua undang-undang yang bersifat menindas iaitu Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA) dan Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara 2015 (NSCA), serta penggunaan Akta Hasutan 1948 yang berterusan oleh pihak berkuasa terhadap pelbagai individu atas kenyataan kritikal mereka terhadap Kerajaan dan dasar awam. Walaupun Suruhanjaya mengiktiraf dan menyokong sepenuhnya usaha Kerajaan dalam mengekalkan keamanan dan keharmonian serta keselamatan nasional, ia juga berkongsi kebimbangan pelbagai pihak berkepentingan mengenai impak meluas undang-undang ini ke atas pencapaian hak dan kebebasan asasi rakyat sepertimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dan instrumen hak asasi manusia antarabangsa, terutamanya Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 (UDHR). Melihat kepada dua jawatan antarabangsa penting yang dipegang oleh Malaysia, iaitu Ahli Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) dan Pengerusi ASEAN, Suruhanjaya berpendapat bahawa adalah penting bagi negara untuk menghormati prinsip hak asasi manusia pada setiap masa, sejajar dengan Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Piagam ASEAN, dan Deklarasi Hak Asasi Manusia ASEAN, serta instrumen teras hak asasi manusia yang lain, demi kebaikan bersama manusia sejagat. Justeru itu, dalam konteks memelihara keamanan dan keselamatan, adalah penting bagi negara memastikan bahawa sebarang kaedah yang diterima pakai dalam menangani sebarang ancaman yang mungkin timbul terhadap keamanan dan keselamatan tidak menjejaskan hak asasi manusia rakyat. Sebagai NHRI, Suruhanjaya meneruskan penglibatan aktifnya dengan mekanisma dan badan hak asasi manusia di peringkat antarabangsa dan serantau sebagai satu usaha berterusan untuk meningkatkan promosi dan perlindungan hak asasi manusia di peringkat domestik. Atas kapasitinya sebagai NHRI berstatus ‘A’, Suruhanjaya terus menyumbang pandangannya dalam isu hak asasi manusia tematik kepada Sesi Tetap Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (HRC). Ia juga memegang dua jawatan penting iaitu Pengerusi Forum Komanwel NHRI (CFNHRI) dan Pengerusi Forum NHRI Asia Tenggara (SEANF), yang masing-masing berakhir pada bulan November dan bulan September. Pemegangan keduadua jawatan ini bukan sahaja telah meningkatkan kedudukan antarabangsa Suruhanjaya, malah juga telah mendatangkan banyak manfaat menerusi perkenalan dan interaksinya dengan NHRI yang lain. Pada 17 November, Suruhanjaya telah dinilai oleh Jawatankuasa Kecil Pentauliahan Jawatankuasa Penyelaras Antarabangsa bagi Institusi Nasional untuk Promosi dan Perlindungan 6 ANR2016-SUHAKAM-BM Version.indb 6 02/04/2016 3:33 AM

Select target paragraph3