Perutusan Pengerusi Kerajaan. Walau bagaimanapun, Suruhanjaya tidak mendapati sebarang perkembangan yang bermakna berhubung dengan pelaksanaan hasil dapatan Laporan Pasukan Petugas Khas oleh Jawatankuasa Kabinet ini. Dalam menantikan tindakan selanjutnya dari pihak Jawatankuasa Kabinet ini, Suruhanjaya akan terus membangkitkan isu-isu yang timbul daripada Inkuiri Nasionalnya bersama-sama dengan aduan lain yang dikemukakan oleh golongan Orang Asli dalam program dan aktiviti Suruhanjaya pada masa hadapan, termasuk semasa sesi perbincangan dengan pihak Kerajaan Negeri yang berkaitan dan Ahli Parlimen. Sepanjang tahun ini, Suruhanjaya mempergiatkan usahanya untuk mengetengahkan agenda hak asasi manusia dan perniagaan melalui pelbagai usaha. Salah satu pencapaiannya yang penting adalah pembentukan Rangka Kerja bagi Pelan Tindakan Nasional mengenai Perniagaan dan Hak Asasi Manusia untuk Malaysia. Adalah menjadi harapan Suruhanjaya agar rangka kerja ini dapat berfungsi sebagai garis panduan yang berguna oleh pihak Kerajaan ke arah mewujudkan satu Pelan Tindakan Nasional mengenai Perniagaan dan Hak Asasi Manusia yang menyeluruh untuk Malaysia demi mempromosi rasa hormat hak asasi manusia yang lebih tinggi di kalangan pihak Kerajaan dan pihak bukan Kerajaan dalam negara ini. Oleh kerana usahanya sebagai perintis dalam bidang ini diketahui dan dipuji di persada antarabangsa dan di kalangan NHRI, Suruhanjaya berharap untuk mengambil tindakan susulan yang perlu bersama pihak Kerajaan dengan matlamat mendorong kepada penghasilan awal Pelan Tindakan ini. Pada masa ini, Suruhanjaya sedang memuktamadkan laporannya berkenaan dua kajian tematik, iaitu “Hak kepada Kesihatan di Penjara” dan “Kematian dalam Tahanan Polis” yang dimulakan pada tahun 2014 untuk memeriksa keadaan kesihatan di penjara Malaysia serta isu-isu berkaitan kematian dalam tahanan polis dari perspektif hak asasi manusia. Suruhanjaya berharap agar hasil dapatan dan syor yang terkandung dalam kedua laporan ini akan diberi perhatian yang sewajarnya oleh pihak yang berkepentingan ke arah memastikan piawaian hak asasi manusia di Malaysia setanding dengan norma hak asasi manusia antarabangsa. Suruhanjaya meneruskan usaha mempromosikan penghapusan dan pencegahan penyeksaan dan layanan buruk melalui latihan untuk anggota penguatkuasa undang-undang mengenai piawaian hak asasi manusia antarabangsa serta melalui perbincangan meja bulat bersama pihak yang berkepentingan. Suruhanjaya juga meningkatkan usahanya dengan bekerjasama dengan organisasi masyarakat sivil yang lain untuk melancarkan kempen #ACT4CAT #HENTISEKSA, dengan tujuan untuk menyokong penyertaan Malaysia kepada Konvensyen Menentang Penyeksaan dan Hukuman Lain yang Zalim atau Tidak Berperikemanusiaan atau Menjatuhkan Maruah (CAT), sebuah triti hak asasi manusia antarabangsa komprehensif yang diterima pakai oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk menangani isu penyeksaan dan pencegahan penyeksaan. Triti perlu didukung dengan niat yang baik. Suruhanjaya merakamkan kebimbangannya terhadap kelewatan Kerajaan dalam menghantar Laporan Negara yang telah lama tertangguh kepada Jawatankuasa CEDAW, CRC, dan CRPD. Suruhanjaya berpendapat adalah penting bagi 5 ANR2016-SUHAKAM-BM Version.indb 5 02/04/2016 3:33 AM

Select target paragraph3