Perutusan Pengerusi meneruskan usahanya untuk meyakinkan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia agar mengambil langkah yang perlu dalam menuju ke arah matlamat ini. Suruhanjaya juga terus mengetengahkan keadaan Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan berasa kecewa kerana banyak isu yang berkaitan dengan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang dilaporkan dalam Laporan Tahunannya sebelum ini (2012-2014) masih tidak diselesaikan walaupun sebahagian daripada isu tersebut boleh ditangani oleh agensi Kerajaan yang berkaitan menerusi kaedah pentadbiran tanpa melibatkan perubahan dasar. Jurang yang wujud di antara SAR dan sekolah arus perdana dalam mendapatkan akses kepada pendidikan yang sama rata merupakan satu lagi cabaran yang memerlukan perhatian serius daripada pihak Kerajaan. Suruhanjaya berpendapat bahawa adalah penting bagi pihak Kerajaan untuk menangani isu-isu ini dalam usaha berterusannya untuk memastikan akses dan ekuiti kepada pendidikan yang berkualiti untuk semua kanak-kanak di negara ini. Suruhanjaya sedih dengan tragedi yang menimpa tujuh orang kanak-kanak Orang Asli yang hilang semasa di bawah jagaan pihak asrama sekolah mereka di SK Tohoi, Gua Musang pada bulan Ogos. Hanya dua daripada mereka yang ditemui masih hidup 50 hari kemudian. Suruhanjaya sebelum ini telah mengesyorkan agar pihak Kerajaan menghentikan amalan menempatkan kanak-kanak di asrama kerana mereka mempunyai hak asasi untuk tinggal bersama dan diletakkan di bawah jagaan ibu bapa mereka, seperti yang termaktub dalam Artikel 9 Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak, yang mana Malaysia merupakan sebuah Negara Pihak. Suruhanjaya juga telah mencadangkan agar pihak Kerajaan menubuhkan sekolah-sekolah Tahap 1 (Darjah 1 hingga Darjah 3) dalam penempatan berkelompok yang lebih kecil, sebagaimana yang telah dilakukan pada tahun 90an dengan bantuan daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Hak tanah Orang Asli/Asal tetap merupakan perkara yang penting dalam agenda Suruhanjaya. Demi pelaksanaan awal dan segera ke atas syor-syor yang terkandung dalam Laporan Inkuiri Nasional mengenai Hak Tanah Orang Asli/Asal di Malaysia (Laporan Inkuiri Nasional), Suruhanjaya telah meneruskan usaha advokasi melalui pelbagai platform termasuk sesi taklimat mengenai hasil dapatan kajian Pasukan Petugas Khas ke atas syor-syor Laporan Inkuiri Nasional Suruhanjaya pada bulan April; serta sesi perbincangan bersama YB Senator Datuk Paul Low Seng Kuan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Suruhanjaya mengalu-alukan pengumuman yang dibuat oleh YB Senator Datuk Paul Low pada 3 Jun mengenai pembentukan Jawatankuasa Kabinet mengenai Hak Tanah Orang Asal yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri ketika itu, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang ditugaskan untuk menangani, memantau dan melaksanakan hasil dapatan Laporan Pasukan Petugas Khas. Suruhanjaya mengambil maklum bahawa salah satu peranan utama Jawatankuasa Kabinet ini adalah untuk bertindak sebagai Suruhanjaya Nasional yang “bebas”, penubuhannya adalah salah satu daripada 18 syor yang terkandung dalam Laporan Inkuiri Nasional Suruhanjaya, walaupun bukan dalam bentuk yang ditentukan oleh pihak 4 ANR2016-SUHAKAM-BM Version.indb 4 02/04/2016 3:33 AM

Select target paragraph3