Setiap kemudahan perlu mengikut undang-undang yang
telah digubal oleh Kerajaan seperti:
a) Akta Orang Kurang Upaya 2008 (Akta 685)
b) Undang-Undang Kecil 34A, Undang-Undang Kecil
Bangunan Seragam 1984
c) Undang-Undang Kecil 110A, Undang-Undang Kecil
Bangunan (Negeri Sarawak)
Kemudahan OKU juga perlu berpandukan Standard Malaysia
yang telah ditetapkan dan diterimapakai di peringkat
kebangsaan iaitu MS1184:2014 - Universal Design and
Accessibility in the Built Environment – Code of Practice
(Second Revision).
Rumah-rumah ibadat yang telah menyediakan kemudahan
OKU perlulah ditambahbaik dan memenuhi keperluan asas
OKU.