SUHAKAM
Program dibahagikan kepada dua bahagian iaitu taklimat tentang
SUHAKAM dan hak asasi manusia disusuli perbincangan dalam
kumpulan. Peserta diminta untuk membincangkan peranan sebagai
pelajar dalam mempromosi dan memelihara hak asasi manusia.
Seterusnya, setiap kumpulan perlu membentangkan hasil perbincangan
masing-masing. Antara cadangan yang dibangkitkan adalah:
i.
ii.
iii.
iv.
v.
medium media sosial seperti Twitter dan Instagram perlu
dimanfaatkan untuk mempromosikan hak asasi manusia kepada
pengikut masing-masing;
setiap individu perlu lebih peka terhadap sebarang pelanggaran
hak asasi manusia dan melaporkan perkara tersebut kepada pihak
berkuasa atau SUHAKAM;
memilih pemimpin atau wakil pelajar yang memperjuangkan hak
asasi manusia semasa Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar;
mendidik anak muda tentang hak asasi manusia menerusi program
khidmat masyarakat; dan
menubuhkan kelab hak asasi manusia di sekolah dan universiti.
Peserta juga berkongsi pendapat dan beriteraksi dalam sesi soal
jawab dengan penceramah. Beberapa soalan berhubung pendirian
Kerajaan Malaysia berkenaan hukuman mati dan sebatan, dan
kebebasan beragama dibangkitkan. Turut disentuh tentang tindakan
yang diambil oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap
negara yang melanggar hak asasi manusia dan sistem PBB yang
dikatakan sebagai kurang berkesan.
10. Jemputan untuk menyampaikan latihan dan ceramah hak
asasi manusia
SUHAKAM juga telah menerima beberapa jemputan daripada agensi
kerajaan dan organisasi untuk menyampaikan latihan dan ceramah
tentang topik hak asasi manusia. Butiran lanjut seperti dalam Jadual 1.
BAB 1
program adalah untuk mendedahkan peserta dengan pengetahuan
hak asasi manusia, selain meningkatkan kesedaran mengenai peranan
mereka mempromosi dan memelihara hak asasi manusia. Seramai 70
orang pelajar Fakulti Pengajian Antarabangsa UUM, 10 orang murid
Tingkatan 4 SMK Bandar Baru Sintok dan 10 orang murid Tingkatan 6
SMK Changlun menyertai program ini.
13