12
LAPORAN TAHUNAN 2019
Peserta bengkel bersama penceramah dan sekretariat SUHAKAM selepas tamat
bengkel. Turut hadir SAC Azmi bin Adam (barisan hadapan lima dari kiri),
Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Latihan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman.
Bagi tujuan pemahaman dan pengetahuan berkenaan hak asasi
manusia, kesemua peserta diminta melalui dua jenis ujian, iaitu pra
dan pasca program. Hasil daripada kedua-dua ujian itu mendapati
wujudnya jurang perbezaan yang ketara daripada segi markah ujian
sebelum dan selepas program dijalankan. Purata markah jawapan
yang betul bagi pra-program adalah sebanyak 75.2% manakala
pasca-program mencatatkan purata markah sebanyak 93.4%.
Sepanjang bengkel berlangsung, peserta telah menunjukkan minat
yang mendalam dan berinteraksi secara aktif dengan penceramah.
Bengkel tersebut telah menyediakan ruang kepada SUHAKAM dan
peserta untuk bertukar pandangan tentang hak asasi manusia dan
bidang kepolisan.
9. Program Pendidikan Hak Asasi Manusia di Universiti Utara
Malaysia (UUM)
Program ini telah diadakan pada 15 Oktober sebagai salah satu aktiviti
yang telah dirancang di bawah MoU dalam tempoh dua tahun. Objektif