SUHAKAM SUHAKAM telah pun memaklumkan semua isu yang dibangkitkan kepada Ketua Pengarah AADK serta menggesa AADK untuk memastikan hak pegawai kepada persekitaran kerja yang selamat dengan menyediakan kelengkapan yang sepatutnya. Gesaan ini adalah selari dengan Artikel 23 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) dan Artikel 7 Konvensyen Antarabangsa Hak Ekonomi, Sosial dan Budaya (ICESCR). 8. Bengkel Hak Asasi Manusia untuk Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Zon Timur Susulan maklum balas positif yang diterima semasa ‘Bengkel Hak Asasi Manusia kepada Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (KBSJD)’ zon tengah dan utara Semenanjung Malaysia, serta di Malaysia Timur, SUHAKAM telah menganjurkan bengkel yang sama di zon timur (Kelantan, Pahang dan Terengganu) pada 4 hingga 6 Disember 2019 di Kuala Terengganu. Bengkel ini dihadiri seramai 40 orang KBSJD memfokuskan keadaan penggunaan kekerasan oleh agensi penguatkuasaan, kematian dalam tahanan dan prinsip hak asasi manusia. Semasa bengkel ini, peserta berkongsi tentang masalah yang dihadapi oleh pegawai penyiasat (IO) iaitu kekurangan fasiliti atau kelengkapan seperti komputer riba, mesin pencetak dan kertas, kenderaan polis dan sebagainya. Kekurangan ini amat memberi kesan kerana pada masa yang sama pihak pengurusan atasan PDRM dan masyarakat meletakkan harapan yang tinggi kepada IO. Secara tidak langsung keadaan ini memberi tekanan kepada pegawai dan boleh mengganggu prestasi kerja. Oleh sebab itu, mereka mencadangkan agar SUHAKAM turut melihat aspek hak asasi manusia IO dan membantu menyelesaikannya. BAB 1 Selain membangkitkan mengenai hak tahanan, peserta menyuarakan beberapa isu kritikal berkenaan hak mereka, seperti keselamatan pegawai AADK yang menjalankan serbuan dan tangkapan. SUHAKAM dimaklumkan bahawa mereka tidak mempunyai alatan keselamatan seperti jaket kalis peluru atau baton. Pegawai juga perlu melakukan beberapa tugasan yang lain dalam satu masa kerana kekangan jumlah kakitangan di Pejabat AADK Daerah. Aspek fizikal seperti pejabat yang lebih lengkap, pusat tahanan, mesin pencetak, CCTV, bilik fail dan kenderaan rasmi juga perlu dinaiktaraf. 11

Select target paragraph3