SUHAKAM
Maklum balas yang positif diterima serta cadangan agar program susulan
SUHAKAM bagi sesi kongsi pengalaman bersama peserta program.
Terdapat juga cadangan agar bengkel seperti ini diadakan sekali atau
dua kali setahun. Selain itu, isu kekangan kewangan bagi pelaksanaan
program ATHAM di sekolah, termasuk Modul Hak Asasi Manusia Pasca
PT3 / UPSR turut dibangkitkan memandangkan sebahagian aktiviti
memerlukan guru-guru untuk menyediakan bahan program.
Pesuruhjaya SUHAKAM bergambar bersama-sama kanak-kanak yang menyerahkan
salinan Modul Hak Asasi Manusia kepada Pesuruhjaya dan KPM sebelum ia
dilancarkan secara rasmi oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,
Dato’ Mohd Jamil Mohamed, sempena sambutan Hari Hak Asasi Manusia
pada 10 Disember.
4. LATIHAN KEPADA JURULATIH untuk Pensyarah UNIVERSITI SELANGOR
(UNISEL)
Berdasarkan Memorandum Persefahaman yang ditandatangani
oleh SUHAKAM dan UNISEL pada tahun 2017 adalah pengenalan
BAB 1
Graf 1 menunjukkan purata markah setiap peserta bagi setiap bengkel.
Keputusan menunjukkan guru-guru mempunyai pengetahuan asas
tentang hak asasi manusia sebelum menyertai bengkel tersebut. Setelah
menyertai bengkel, pengetahuan mereka meningkat antara 10 hingga
30 peratus.
7