LAPORAN TAHUNAN 2019
Kebanyakan peserta adalah terdiri daripada Guru Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid. Objektif utama bengkel dan latihan kepada jurulatih (ToT)
ini bertujuan mempersiapkan para peserta dengan pengetahuan hak
asasi manusia; merancang aktiviti untuk dilaksanakan di bawah program
ATHAM di sekolah masing-masing; memperkasakan para peserta bagi
melaksanakan Modul Hak Asasi Manusia Pasca PT3/UPSR di sekolah;
dan, melantik para peserta sebagai jurulatih utama (JU) bagi program
ATHAM di peringkat daerah.
Bengkel tersebut dibahagikan kepada empat sesi berbeza iaitu
Pengenalan kepada hak asasi manusia dan SUHAKAM; Pengenalan
kepada Program ATHAM di Sekolah; dan Pengenalan kepada
Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) manakala sesi keempat
berkenaan disiplin di sekolah dikendalikan oleh KPM. Semasa TOT,
peserta telah dibahagikan mengikut peringkat sekolah; rendah dan
menengah. Antara aktiviti yang dibuat adalah melakukan demonstrasi
pelaksanaan aktiviti dalam modul dan penerangan tentang
CRC berdasarkan pemahaman masing-masing. Bagi mengkaji
keberkesanan bengkel tersebut, guru-guru telah diminta untuk
mengambil ujian pra dan pasca program berkenaan hak asasi manusia,
CRC dan ATHAM.
Graf 1: Purata Markah Ujian pra dan pasca peserta untuk setiap bengkel
100%
Pra-Ujian
Pasca-Ujian
90%
Purata markah dalam peratusan
6
80%
80%
80%
70%
60%
50%
79%
79%
72%
72%
52%
55%
60%
55%
56%
56%
40%
30%
20%
10%
0%
Zon Selatan
Zon Tengah
Zon Utara
Zon Timur
Bengkel
Sabah
Sarawak