SUHAKAM
5
BAB 1
Guru-guru melakukan demonstrasi Jaringan Kasih yang merupakan
salah satu aktiviti dalam Modul Hak Asasi Manusia Pasca PT3 semasa
program Latihan kepada Jurulatih peringkat Zon Tengah.
3. Bengkel Amalan Terbaik Hak Asasi Manusia (ATHAM) di Sekolah
dan LATIHAN KEPADA JURULATIH Modul Hak Asasi Manusia
Pasca Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) / Ujian Penilaian Sekolah
Rendah (UPSR)
Pada 2019, KPM telah menambah sebanyak 246 buah sekolah baharu
dalam program ATHAM, yang menjadikan jumlah keseluruhannya
sebanyak 468 buah sekolah seluruh Malaysia. SUHAKAM dan KPM telah
bekerjasama menganjurkan enam bengkel ATHAM bagi mempersiapkan
para guru sekolah ATHAM sedia ada dan baharu, dengan pengetahuan
hak asasi manusia dan program ATHAM. Guru-guru juga telah dilatih
berkenaan pelaksanaan Modul Hak Asasi Manusia Pasca UPSR/PT3.
Bengkel yang diadakan adalah seperti berikut:
i. Zon Selatan (Johor, Negeri Sembilan, Melaka) – 2 hingga 4 Julai di Melaka
ii. Zon Tengah (Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya) – 15 hingga 17 Julai
di Selayang, Selangor
iii. Zon Utara (Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak) – 22 hingga 24 Julai di
Pulau Langkawi, Kedah
iv. Zon Timur (Kelantan, Terengganu, Pahang) – 6 hingga 8 Ogos di Kuala
Terengganu, Terengganu
v. pada 18 hingga 20 September di Kuching, Sarawak
vi. pada 24 hingga 26 September di Kota Kinabalu, Sabah