SUHAKAM
agama negeri untuk menganjurkan
Bengkel Hak Asasi Manusia bagi
Pentadbir Sekolah Tahfiz. Semua isu
yang berkaitan dengan sekolah tahfiz
dibawa semasa mesyuarat dengan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(Agama), YB Datuk Seri Dr. Mujahid
Yusof, JAKIM dan pihak berkuasa
agama negeri.
Perkahwinan
kanak-kanak
masih
menjadi isu yang membimbangkan
di Malaysia. Selain menyeru kerajaan
menaikkan usia minimum berkanun
untuk kedua-dua lelaki dan wanita
kepada 18 tahun, SUHAKAM juga
menggesa kerajaan untuk menangani
punca utama isu ini, termasuk
meningkatkan
kesedaran
kanakkanak dan pendidikan mengenai
hak. Terdapat juga keperluan untuk
menjalankan program kesedaran yang
berkesan mengenai kesihatan seksual
dan reproduktif untuk orang awam
secara lebih meluas.
SUHAKAM
menjalankan
kajian
mengenai
diskriminasi
terhadap
transgender di Kuala Lumpur dan
Selangor. Hasil kajian tersebut diterbitkan
pada bulan Mac 2019. SUHAKAM
berpandangan bahawa hak dan
martabat
komuniti
transgender
tidak berbeza dengan komuniti lain.
Mereka harus dihormati dan dilindungi
daripada diskriminasi, bahaya dan
keganasan,
tanpa
menghiraukan
orientasi seksual mereka.
SUHAKAM
bekerjasama
dengan
Fortify Rights untuk menerbitkan
laporan ‘Sold Like Fish’. Laporan ini
“
SUHAKAM
telah memberikan
syor dan input
mengenai
permulaan dan
pembangunan
NAPBHR untuk
Malaysia
”
xxi