xviii
LAPORAN TAHUNAN 2019
cadangan agar pembaharuan undang-undang mengikut piawaian
hak asasi manusia antarabangsa. Pada separuh tahun kedua
2019, SUHAKAM mengambil bahagian dalam beberapa sesi
konsultasi yang dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana
Menteri, YB Datuk Liew Vui Keong, menganjurkan sesi konsultasi
awam dan mengemukakan cadangan mengenai draf Rang
Undang-undang Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis
(IPCMC). SUHAKAM juga terlibat dengan institusi undang-undang,
termasuk badan kehakiman, agensi kerajaan dan organisasi
masyarakat sivil (CSO) untuk mengambil bahagian dan bertukar
pandangan mengenai pembaharuan undang-undang dan hak
asasi manusia.
SUHAKAM mengalu-alukan pelantikan Ketua Hakim Negara yang
baharu, YAA Tan Sri Tengku Maimun binti Tuan Mat, yang menyatakan
sokongannya terhadap penglibatan berterusan hakim dan pegawai
kehakiman mengenai isu hak asasi manusia. SUHAKAM ingin terlibat
dalam proses semakan semula dan merangka undang-undang,
terutamanya yang berkaitan dengan hak asasi manusia, dan secara
idealnya dari peringkat awal proses perundangan.
Sejak 2016, SUHAKAM telah menyokong penubuhan Custodial Medical
Unit (CMU), yang akan beroperasi sebagai klinik bergerak dan
dikendalikan oleh kakitangan perubatan terlatih di tempat tahanan.
Hasil daripada kerjasama positif dengan Polis DiRaja Malaysia (PDRM),
CMU dijangka ditubuhkan di lima lokap berpusat pada awal tahun
2020. Selain itu, SUHAKAM juga bekerjasama dengan Bahagian Dasar
Penjara untuk menjalankan kajian dan pembaharuan menyeluruh sistem
pengurusan penjara, dasar dan amalan, termasuk pematuhan kepada
standard minimum penahanan mengikut piawaian antarabangsa
seperti Peraturan Nelson Mandela (Nelson Mandela Rules).
SUHAKAM melengkapkan siasatan Inkuiri Awam (PI) berkenaan
kehilangan Pastor Raymond Koh dan Amri Che Mat, pada Disember
2018. Berikutan pengumuman dan penerbitan laporan PI, Kementerian
Dalam Negeri menubuhkan sebuah Pasukan Petugas Khas untuk
menyiasat kehilangan kedua-dua individu tersebut.
Pada 14 Mac 2019, Laporan Kumpulan Kerja Malaysia untuk UPR Ketiga
telah dipertimbangkan dan diterima pakai pada Persidangan Majlis Hak
Asasi Manusia ke-40. Daripada 268 syor, Malaysia menerima sepenuhnya
147 syor, menerima sebahagian 37 syor dan mengambil maklum 84