SUHAKAM sekolah pada awalnya dengan tambahan 246 buah sekolah lagi untuk seluruh Malaysia pada tahun 2019. SUHAKAM juga telah memulakan perbincangan dengan Institut Pendidikan Guru Malaysia untuk menggabungkan pengetahuan hak asasi manusia dalam sukatan pelajaran latihan guru bermula tahun 2020. SUHAKAM menjadi tuan rumah kepada Dialog Serantau berkenaan Konvensyen Menentang Penyeksaan dan Hukuman Lain yang Zalim, Tidak Berperikemanusiaan atau Menjatuhkan Maruah (UNCAT) pada bulan Julai. Projek ini dibiayai oleh geran Kesatuan Eropah (EU) bertujuan berkongsi amalan terbaik dan pengalaman yang dipelajari daripada pelaksanaan UNCAT antara negara anggota ASEAN dan OIC yang relevan, dibentangkan oleh pakar di peringkat serantau dan antarabangsa. SUHAKAM akan terus membantu dan memandang ke hadapan berkenaan penyertaan Malaysia kepada UNCAT pada suatu masa nanti. Selain itu, beberapa kementerian telah mengadakan rundingan dan menjemput SUHAKAM menjadi ahli jawatankuasa untuk merangka draf dan membuat pengesyoran mengenai rang undang-undang baharu atau pindaan undangundang sedia ada. Undang-undang tersebut termasuk gangguan seksual, kesaksamaan gender, pekerjaan, dan kajian mengenai alternatif untuk hukuman mati. SUHAKAM secara konsisten mengekalkan “ SUHAKAM juga terlibat dengan institusi undang-undang, termasuk badan kehakiman, agensi kerajaan dan organisasi masyarakat sivil (CSO) untuk mengambil bahagian dan bertukar pandangan mengenai pembaharuan undang-undang dan hak asasi manusia ” xvii

Select target paragraph3