xvi
LAPORAN TAHUNAN 2019
RINGKASAN EKSEKUTIF
Tahun 2019 merupakan tahun yang amat penting selari dengan ulang
tahun penubuhan SUHAKAM yang ke-20. Suruhanjaya Hak Asasi
Manusia Malaysia (SUHAKAM) telah melangkah jauh sejak Parlimen
meluluskan Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia 1999 (Akta 597) pada
9 September 1999.
Pencapaian utama tahun ini dan sebagai hadiah ulang tahun
ke-20 SUHAKAM adalah perbahasan Laporan Tahunan SUHAKAM 2018
pada 5 Disember. Ahli parlimen, sebagai wakil rakyat bagi kawasan
masing-masing bertanggungjawab untuk mengiktiraf dan mengambil
maklum isu hak asasi manusia yang wujud, dan menggunakan kuasa
yang diamanahkan untuk mencari penyelesaian yang efektif.
SUHAKAM mengalu-alukan pelantikan Anggota Suruhanjaya pada
pertengahan tahun ini, diketuai oleh Tan Sri Othman Hashim sebagai
Pengerusi serta dibarisi lapan lagi anggota bagi tempoh 2019
hingga 2022.
Pada 23 Ogos 2019 pula, Prof. Dato’ Noor Aziah Mohd. Awal telah
dilantik sebagai Pesuruhjaya Kanak-kanak (OCC) memfokuskan gerak
kerja kepada mempromosi dan melindungi hak kanak-kanak. Hak-hak
tersebut merangkumi hak kanak-kanak orang asli, migran, pelarian,
tidak berdokumen, tanpa kerakyatan dan kanak-kanak kurang upaya,
yang semuanya didokong oleh Konvensyen Mengenai Hak Kanakkanak. Pelantikan OCC ini menjadikan jumlah keseluruhan Anggota
Suruhanjaya sebanyak sembilan orang.
Menyedari bahawa pendidikan adalah kaedah yang paling
berkesan untuk memupuk generasi akan datang yang berperanan
mempromosi dan melindungi hak asasi manusia sebagai satu
prinsip, SUHAKAM berusaha untuk memperkuat kerjasama dengan
Kementerian Pendidikan. SUHAKAM memberi tumpuan kepada
pembangunan Modul Pendidikan Sivik dan memberi input dalam
kajian
semula
Dasar
Pendidikan
Kebangsaan.
SUHAKAM
mengesyorkan
agar
Dasar
Pendidikan
Kebangsaan
harus
mengintegrasikan pendidikan hak asasi manusia sebagai satu matlamat
untuk mencapai aspirasi dasar. Pada masa yang sama, Program
Amalan Terbaik Hak Asasi Manusia telah berkembang dari 222 buah