xiv LAPORAN TAHUNAN 2019 kedudukan hak asasi manusia. SUHAKAM mengambil maklum dan berpuas hati kerana setelah Penilaian Penggalan Sejagat (UPR) Ketiga dijalankan pada tahun 2018, Kementerian Luar Negeri telah bersetuju untuk mengeluarkan jemputan tetap kepada Prosedur Khas untuk tujuan ini. Telah banyak yang dilalui SUHAKAM sejak penubuhannya dan masih banyak yang harus dilakukan. SUHAKAM akan terus berjuang agar kerajaan meratifikasi enam lagi instrumen hak asasi manusia antarabangsa dan menarik balik reservasi triti yang telah disertai. Dalam masa yang sama, SUHAKAM akan berusaha untuk memperluas kerja promosinya di semua sektor masyarakat. Ironinya, adalah penting untuk kita meluangkan masa untuk merenung dan menghargai apa yang telah dicapai oleh Malaysia dalam bidang hak asasi manusia bukan hanya dalam tempoh 20 tahun yang lalu, tetapi sepanjang tahun 2019. Isu hak asasi manusia merupakan skop yang luas dan memerlukan tenaga kerja yang besar, namun SUHAKAM berbangga kerana berjaya membuka perbincangan kepada topik yang biasanya tidak diberi fokus. Jelas kelihatan bahawa perbincangan mengenai hak asasi manusia pada rakyat Malaysia adalah lebih baik daripada sebelum ini. SUHAKAM telah berusaha gigih untuk meningkatkan promosi dan perlindungan hak asasi manusia dalam pelbagai bidang dan disiplin yang berbeza dengan pelbagai pihak. Komitmen dan kerjasama erat dengan kerajaan dan semua pihak berkepentingan agar dapat meningkatkan tahap hak asasi manusia di Malaysia sentiasa menjadi keutamaan. Saya secara peribadi mempunyai harapan masa hadapan yang tinggi agar hak asasi manusia dapat dihormati dan diamalkan oleh semua rakyat Malaysia. Tan Sri Othman Hashim

Select target paragraph3